Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»MINI Electric Kini di Malaysia dengan Ansuran Bulanan Serendah RM2.4k
Roda4

MINI Electric Kini di Malaysia dengan Ansuran Bulanan Serendah RM2.4k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MINI Malaysia
buat kali pertama memperkenalkan MINI Electric untuk pasaran Malaysia sempena ulang tahun ke-61 jenama itu pada harga RM218,380.78 dengan pelan ansuran istimewa serendah RM2,421 sebulan

Sejak debut model elektrik pertama Countryman Plug-In Hybrid pada 2017, kereta elektrik itu mendapat sambutan menggalakkan dengan 17,000 unit terjual seluruh dunia.

BACA >>> Lakaran Volkswagen Caddy Mini-Camper Didedahkan, Van Praktikal Buat Kaki Khemah

MINI Electric serba baharu dikuasakan motor elektrik kuasa tinggi berkuasa 184hp dan tork 270Nm yang bukan saja menawarkan prestasi tinggi tetapi juga sifar emisi. Menggunakan pek bateri 12 modul bentuk T 28.9kWj, model ini mampu memberikan pecutan maksimum 150kmj dengan jarak perjalanan 234km mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni (WLTP) atau 270km untuk Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).

Model elektrik baharu ini ialah MINI pertama menampilkan kluster instrumen 5.5 inci yang memaparkan maklumat pemanduan.  Ini juga model elektrik pertama Malaysia dilengkapkan Sistem Bantuan Memandu, terdiri daripada ciri had kelajuan untuk lampu suluh tinggi automatik pada halaju lebih 50kmj atau pencahayaan malap

MINI Electric  hadir dengan empat mod memandu seperti Sport, Mid, Green dan Green+, iaitu mod baharu untuk meningkatkan jarak pemanduan elektrik dengan mengehadkan fungsi tertentu. Pembeli juga ditawarkan alternatif pengecasan sama ada di rumah atau fasiliti awam.

Di stesen cas arus terus (DC), MINI Electric memerlukan masa mengecas 36 minit untuk mencapai isian bateri 80 peratus. Jika menggunakan MINI Wallbox Plus, tempoh pengecasan mengambil masa dua jam setengah untuk peratusan isian sama seperti di stesen cas DC.

Di rumah, kereta elektrik ini boleh dicas 80 peratus dalam masa 12 jam menggunakan kabel pengecasan kontigensi kuning yang diberikan bersama kenderaan. Tawaran MINI eDrive membolehkan kereta dipandu lancar menerusi servis dan fungsi digital pintar.

BACA >>> Hanya Ada MINI Elektrik 10 Tahun Lagi, dan Kembali Semula ke Saiz Kecil?

Green Driving Assistant (GDA) membekalkan fungsi bermanfaat seperti Bantuan Jarak yang memberikan pelbagai solusi kepada pemandu apabila bateri berkurangan. Ia juga mencadangkan laluan lebih efisien (Green Route), mod
pemanduan atau stesen cas terdekat supaya pemandu selamat sampai ke destinasi.

MINI Elektric akan berada di semua pusat jualan MINI seluruh Malaysia bermula hari ini pada harga RM218,380.78. Jika mengambil pelan Balloon Financing ditawarkan BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan MINI Electric serba baharu ini ialah RM2,421 sebulan (berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus untuk tempoh lima tahun.

MINI Electric hadir dengan waranti 4 tahun tanpa had perbatuan dan waranti bateri voltan tinggi selama 8 tahun atau 100,000km, dan servis berkala percuma. 

BACA >>> Aksi Superman Boleh Kena Denda Minimum RM5k, Penjara Tidak Lebih 5 Tahun!

GALERI
BMW MINI Mini MINI Electric Mini Malaysia Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.