Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pakar: Microsleep Ada Kaitan Prestasi Seharian, Pemandu Bas, Pekerja Syif Malam Berisiko
Auto Terkini

Pakar: Microsleep Ada Kaitan Prestasi Seharian, Pemandu Bas, Pekerja Syif Malam Berisiko

FarahBy Farah24/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUDAH kerap kali kemalangan berlaku akibat gejala terlelap tanpa sedar ketika memandu, yang jug dipanggil ‘microsleep’.

Pakar Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Rozmi Ismail berkata, microsleep atau ‘Sindrom Tertidur Tanpa Sedar’ ada kaitan rapat dengan prestasi seharian manusia.

Menurutnya, kebanyakan pemandu yang mengalami sindrom itu terdiri dalam kalangan mereka yang bekerja dan melakukan pemanduan jarak jauh.

Manusia tidak sama seperti mesin, manusia mempunyai limitasi tersendiri. Kalau mesin, kita tekan saja ia sudah bergerak tetapi manusia memerlukan rehat. Otak, mata dan bahagian badan perlu rehat mencukupi.

“Ini semua akan menyebabkan kesan kepada prestasi manusia dan badan tidak sesuai dengan keadaan biological clock (putaran biologi). Kalau kita paksa badan kita, ia menyebabkannya letih dan secara tiba-tiba kita akan berehat dengan sendiri…itulah microsleep,” katanya.

Rozi turut memberitahu,  golongan paling berisiko mengalami microsleep ialah pemandu bas, lori dan teksi. Ini kerana mereka sering melakukan pemanduan jarak jauh ataupun kalangan pekerja syif malam dan tidak tidur siang.

Justeru bagi mengelakkan berlaku sindrom microsleep, Rozmi mencadangkan pemandu berhenti selepas memandu dua atau tiga jam untuk berehat seketika. Selain itu, jangan memandu terus dari satu tempat ke satu tempat tanpa berhenti.

Kita kena jaga biological clock, maksudnya manusia tidak boleh lawan fitrah. Manusia siang bekerja dan malam perlu tidur. Kalau kita lawan juga, prestasi kita akan cepat lemah dan badan kita jadi letih.

“Selain itu, perlu adanya kempen secara besar-besaran untuk mendidik masyarakat mengenai bahaya microsleep ini ketika pemanduan,” katanya.

Pensyarah Psikologi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah di Melaka, Aini Faezah Ramlan berpendapat microsleep islsh isyarat menandakan kondisi kesihatan mula merosot.

Jelasnya, pemandu mudah terjadi microsleep atas faktor terlalu penat atau kurang rehat, jadual tidur tidak menentu dan tahap kesihatan tidak stabil.

Pemandu perlu berwaspada dengan tahap kesihatan sendiri, peka dengan isyarat yang mula menyebabkan tumpuan pemanduan terganggu seperti menguap beberapa kali, rasa letih dan kurang bertenaga.

“Microsleep ketika memandu perlu dielakkan sebagai langkah berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan jalan raya,” katanya.

Aini juga meminta pemandu menyusun rutin atau jadual serta menjalani gaya hidup lebih sihat bagi mengelak terjadi microsleep. Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, anggaran lebih 20 peratus kemalangan di jalan raya negara ini berpunca daripada tertidur, mengantuk, letih, leka atau berangan.

Malah, statistik sepanjang Op Selamat sempena Aidilfitri 2019 menunjukkan 675 kemalangan berpunca daripada mengantuk, leka, berangan dan letih.

Daripada jumlah itu, 14 membabitkan kemalangan maut, tiga parah, 10 kemalangan ringan dan 648 lagi adalah kemalangan melibatkan kerosakan sahaja,” katanya.

Sekiranya terlelap hingga menyebabkan kemalangan atau kematian pengguna jalan raya lain ketika memandu, pemandu boleh dikategori sebagai memandu melulu atau berbahaya dan boleh didakwa di bawah Seksyen 41(1), 42(1) dan 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA>>> #TahukahAnda: Tentang Gejala Microsleep Ketika Memandu yang Anda Perlu Tahu
BACA>>> #TahukanAnda: AWAS!!! Punca Asyik Nak Terlelap ketika Memandu

SUMBER: Bernama

bahaya microsleep Microsleep tidur semasa memandu
Farah

    Artikel Berkaitan

    Honda Forza 720 2027 EU
    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Forza 720 2027 EU
    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    By Abang Hirata29/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.