Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukanAnda: AWAS!!! Punca Asyik Nak Terlelap ketika Memandu
Autotainment

#TahukanAnda: AWAS!!! Punca Asyik Nak Terlelap ketika Memandu

FarahBy Farah05/05/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MESTI ramai dalam kalangan kita pernah melalui situasi tiba-tiba mengantuk ketika memandu hingga mulut menguap berkali-kali.

Ramai mengambil sikap sambil lewa kerana menganggap ia bukan masalah besar dengan memaksa dan menahan diri untuk terus memandu. Disebabkan sikap itulah, banyak kemalangan berlaku apabila pemandu tiba-tiba terlelap seketika, yang juga dipanggil microsleep.

Jika anda mula tersengguk, kelopak mata semakin kuyu dan layu, mata terkebil-kebil, dan gagal fokus, ketahuilah itu antara tanda anda bakal mengalami simptom microsleep.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Gejala Microsleep Ketika Memandu yang Anda Perlu Tahu

Apa Penyebab Rasa Mengantuk Masa Memandu?

1. Kurang Tidur

Punca utama mengantuk ketika siang sebenarnya disebabkan kurang tidur. Pemandu kurang tidur boleh diserang gejala microsleep terjadi atau mengalami tingkah laku pemanduan berbahaya lain. Jadi pastikan anda tidur secukupnya antara 7-9 jam setiap malam. Kekurangan tidur bukan saja berbahaya ketika memandu, tetapi juga dalam jangka masa panjang dari segi kesihatan.

2. Gangguan Tidur

Dalam dunia perubatan, ada beberapa gangguan tidur dialami manusia seperti:

  • Insomnia: Susah tidur atau susah tidur lama.
  • Hipersomnia: Gangguan tidur berlebihan.
  • Parasomnia: Gangguan tidur disebabkan situasi tidak dapat dielak ketika tidur seperti mengigau atau berjalan dalam tidur.
  • Gangguan Pergerakan Tidur (sleep movement disorders): Pergerakan ketika atau sebelum tidur yang membuatkan seseorang itu sukar tidur atau mendapatkan tidur yang nyenyak.

Banyak orang tidak mendapatkan rawatan akibat masalah tidur hingga menyebabkan mereka mengantuk ketika siang.

3.  Alkohol

Individu yang minum alkohol boleh menyebabkan konsentrasi memandu hilang dan mudah mengantuk. Ini kerana alkohol melambatkan fungsi otot mata, mengubah pergerakan mata dan persepsi visual. Selain itu, alkohol boleh memperlahankan refleks seseorang hingga seseorang pemandu lambat bertindak pantas jika berlaku perubahan situasi.

4. Ubat

Ada ubat boleh menyebabkan mengantuk. Kondisi itu memberi kesan terhadap kemampuan memandu atau mengendalikan alatan atau mesin, atau sebarang situasi yang memerlukan tumpuan. Ada individu tidak terkesan walaupun ubat tersebut menyebabkan mengantuk atau sebaliknya. Contoh ubat antihistamin untuk mengurangkan gejala selesema.

5. Masa Hari

Seseorang yang berubah waktu tidur atau memandu dalam keadaan lama boleh menyebabkan mengantuk. Seperti memandu dalam situasi trafik sesak, memandu jarak jauh, dan individu bekerja syif tidak tetap.

Jadi, rancanglah perjalanan dan dapatkan rehat secukupnya. Jika rasa ngantuk, berhentikan di kawasan rehat dan tidur sebentar untuk mendapatkan tenaga semula. Cukup sekadar 15-20 minit sebelum meneruskan semula pemanduan.

BACA>>> Steer Peranti Anti Tidur Yang Guna Elektrik Untuk Kejutkan Pemandu Mengantuk
BACA>>> #TahukahAnda: 6 Fakta Tentang Mengantuk Ketika Memandu yang Perlu Anda Tahu

autotainment bahaya tidur dalam kereta Microsleep rasa ngantuk masa memandu tahukah anda Tidur Tip Auto
Farah

Artikel Berkaitan

Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
E&O Express
Autotainment

#TahukahAnda: Malaysia Ada Perkhidmatan Kereta Api Mewah Ala Eropah?

20/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.