Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mercedes-Benz A 200 Progressive Line, A 250 4MATIC AMG Line (2023) Lancar, Harga Mula RM238k
Roda4

Mercedes-Benz A 200 Progressive Line, A 250 4MATIC AMG Line (2023) Lancar, Harga Mula RM238k

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize14/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) melancarkan A 200 Progressive Line dan A 250 4MATIC AMG Line (2023) versi dipertingkat (facelift) untuk pasaran Malaysia.

Berikut harga dua model baharu itu:

  • A 200 Progressive Line – RM238,888
  • A 250 4MATIC AMG Line – RM264,000

Berikut pula perincian model berkenaan:

1. Mercedes-Benz A 200 Progressive Line (2023)

Sedan Mercedes-Benz A 200 Progressive Line ini dijana enjin petrol 4-silinder 1.3L berkuasa 163hp, dan tork 270Nm dengan transmisi dual klac (DCT) 7G-DCT. Sistem suspensi direndahkan untuk keselesaan dengan program DYNAMIC SELECT untuk mengubah karakter pemanduan.

Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 8.3 saat, manakala kelajuan maksimum 230kmj. Ciri luaran dilengkapi rim 17 inci, lampu LED berprestasi tinggi dengan lampu suluh tinggi adaptif (AHB), cermin sis boleh lipat automatik, dan kemasan Progressive Line.

Bahagian dalaman mendapat kemasan kulit ARTICO untuk upholsteri, kemasan gentian karbon gelap, kerusi elektrik dengan fungsi memori, stereng balutan kulit, tempat duduk belakang boleh lipat, kawalan penyaman udara automatik THERMATIC, dan pakej Light & Sight dengan lampu ambien 64 pilihan warna

Ciri keselamatan sedan ini memuatkan kamera undur, bantuan parkir aktif (APA), Monitor Titik Buta (BSM), Amaran Tukar Lorong (LDW),  pakej buka-tutup dan hidup kenderaan KEYLESS-GO, sistem antikecurian GUARD 360, sistem amaran kecurian, dan sistem sensor gerak dalaman (IMS).

Sistem multimedia pula menampilkan unit infotainmen MBUX 10.25 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto dan sambungan Internet LTE, kluster instrumen 10.25 inci, dan pengecas wayarles.

2. Mercedes-Benz A 250 4MATIC AMG LINE (2023)

Spesifikasi Mercedes-Benz A 250 4MATIC AMG Line pula dijana enjin petrol 4-silinder 2.0L berkuasa 224hp dan tork 350Nm dengan transmisi dual-klac (DCT) 8G-DCT. Sistem suspensi turut direndahkan menerusi opsyen program DYNAMIC SELECT untuk mengubah karakter pemanduan.

Menawarkan output motor elekrik 10kW, dan tork motor elektrik 150Nm. Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 6.4 saat, manakala kelajuan maksimum 250kmj.

Bahagian luaran mendapat kemasan AMG Line dengan rim 5 jejari kembar AMG 18 inci, lampu LED prestasi tinggi dengan lampu suluh tinggi adaptif (AHB) dan cermin sisi boleh lipat automatik.

Ruang dalam pula mendapat kemasan kulit ARTICO/MICROCUT Microfibre, kemasan aluminium, kerusi sportselektrik dengan fungsi memori, stereng sports balutan Nappa, penyaman udara THERMATIC, dan pakej Light & Sight dengan lampu ambien 64 pilihan warna.

Ciri keselamatan memuatkan pakej parkir dengan kamera undur, bantuan parkir aktif (APA), sistem brek Sports, Monitor Titik Buta (BSM), Amaran Keluar Lorong (LDW), Bantuan Brek Aktif (ABA), pakej buka-tutup dan hidup kereta KEYLESS-GO Comfort, akses bebas tangan, sistem antikecurian GUARD 360, sistem amaran kecurian, dan Sensor Gerak Dalaman (IMS).

Sistem multimedia menyediakan konektiviti Internet LTE, sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz, unit infotainmen MBUX Multimedia 10.25 inci, dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, kluster instrumen digital 10.25 inci, pengecas wayarles, dan pakej USB Plus

BACA >>> MBM Lancar Sedan Elektrik Prestasi Tinggi Mercedes-AMG EQS 4MATIC+, Harga RM798k!
BACA >>> Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ (2023) Masuk Malaysia, Harga Mula RM649k!

A 200 Progressive Line A 250 4MATIC AMG Line A-Class Auto Terkini Malaysia Mercedes-benz Roda4
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    Bukan Puspakom Sahaja Boleh Periksa Kenderaan, JPJ Buka Lapan Pusat Pemeriksaan Baharu Tukar Nama Kereta

    26/05/2026
    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    MOT Lulus Lapan Cawangan PPKM Baharu Bagi Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan

    26/05/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pengeluaran Pasport Baharu Malaysia Ditunda, Tarikh Baru Diumum Kemudian

    26/05/2026
    Auto Terkini

    Volvo ‘Sekolahkan’ Pemandu Tentang Keselamatan di Litar Sepang

    26/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    By Shazwan Hisam21/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.