Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mercedes-Benz 190SL Roadster Mahu Dilelong, Anggaran Bidaan RM891k-RM1j!
Roda4

Mercedes-Benz 190SL Roadster Mahu Dilelong, Anggaran Bidaan RM891k-RM1j!

Abang HirataBy Abang Hirata24/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INI antara model menarik yang dibuka untuk bidaan, Mercedes-Benz 190SL Roadster (1955) dan walaupun sudah berusia lebih enam dekad, model ini masih kelihatan anggun. Inilah contoh rekabentuk yang dikatakan malar segar atau tak lapuk dek masa.

Bidaan model ikonik ini ditawarkan platform atas talian dan aplikasi jual beli kenderaan klasik di Britain, The Market yang mendakwa hanya empat unit dipercayai wujud di negara itu. Model yang hendak dibida ini dihasilkan pada tahun pertama daripada sembilan tahun pengeluaran.

BACA >>> 6 Fakta Pantas: Mercedes-Benz C 200 AMG Line di Malaysia, Ansuran RM2.9k Sahaja

Unit bernombor 729 ini adalah satu daripada keseluruhan 26,000 unit dikeluarkan Mercedes-Benz dan kini sudah mencapai status langka. Tempoh masa dua tahun diambil untuk melakukan restorasi dan baik pulih penuh. Nilai bidaan unit pemanduan sebelah kiri ini adalahantara £165,000 (RM891,520) hingga £200,000 (RM1.08 juta) dan ditawarkan atas talian bermula 23 Julai-29 Julai ini.

190SL Roadster mengambil gaya 300SL Gullwing yang juga model ikonik. Model ini adalah kereta 2-pintu grand-tourer mewah yang digerakkan enjin 1.9L berkuasa 104hp dan kelajuan maksimum 175kmj.

Tidak semua unit dikeluarkan sama. Model awal keluaran 1955 mempunyai papan pemuka dua bahagian, kerusi Gullwing, gerbang roda depan dan belakang tanpa krom, tiada jam, lampu belakang lebih kecil, penutup lampu signal depan warna jernih berbanding kuning-oren (amber) dan lampu nombor pendaftaran.

Kerja baik pulih unit ini dilakukan pasukan pakar Mercedes-Benz, Redcastle Classics dan disiapkan pada September 2012. Antara komponen ditukar ialah bumbung retrak hitam dan badan dicat semula.

BACA >>> #RetroAuto: Mazda Miata – Roadster Popular Unik Lebih Tiga Dekad

Selain itu rel kerusi (seat runners) dipanjangkan mengikut kesesuaian tinggi pemandu 6 kaki 6 inci, sistem audio dengan set Kenwood Bluetooth di belakang radio asal Becker Europa, pembesar suara di kaki, amplifier dan subwufer bawah kerusi.

Unit ini berada dalam keadaan baik hingga layak untuk acara Mille Miglia (perlumbaan tahan lasak 1,000km) yang membolehkan pemiliknya menyertai satu daripada perlumbaan paling eksklusif dunia.

Ini antara contoh pelaburan kereta sebagai aset dengan peningkatan harga tinggi. Faktor tempoh lama sebelum harga meningkat tinggi juga perlu dikira. Namun, anda sebenarnya tidak hanya membeli kereta, tetapi satu daripada sejarah automotif.

BACA >>> Inilah Harga Dibayar untuk Miliki Mercedes-Benz 500E (W124) ‘Mr Bean’

GALERI
Auto Terkini Bida lelong Mercedes-benz Mercedes-Benz 190SL Roadster Mille Miglia Redcastle Classics roadster Roda4 The Market
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

    01/05/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026
    Auto Terkini

    Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Baharu! Semua Varian Ada Pilihan Warna Jade Green

    30/04/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Auto Terkini

    Proton e.MAS Dominasi EV Malaysia, 51 Peratus Pegangan Pasaran, Lebih 10,500 Unit Dalam 4 Bulan!

    30/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.