Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mercedes-AMG GLA 45 S, AMG GLB 35 4MATIC 2024 Kini di Malaysia! Harga Mula RM418k
Roda4

Mercedes-AMG GLA 45 S, AMG GLB 35 4MATIC 2024 Kini di Malaysia! Harga Mula RM418k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) melancarkan dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak siri AMG ke pasaran tempatan sempena penganjuran pameran auto Mercedes-Benz World 2024 di Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Dua model versi import (CBU) itu ialah Mercedes-AMG GLA 45 S 4MATIC+ dan Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC. Berikut perincian dua SUV mewah tersebut:

1. Mercedes-AMG GLA 45 S 4MATIC+

  • Harga RM539,888, termasuk cukai jualan 10 peratus untuk Semenanjung.
  • Dilengkapi enjin AMG 2.0L pengecas turbo berkuasa 421hp @ 6,750rpm, dan tork 500Nm @ 5,000-5,250rpm.
  • Transmisi AMG Speedshift DCT 8G.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 4.3 saat.
  • Kelajuan maksimum 270kmj dengan pakej AMG Driver.
  • Sistem suspensi AMG Ride Control untuk tetapan keselesaan hingga pemanduan sporty.
  • Karakter suspensi tiga tetapan: Comfort, Sport dan Sport+.
  • Sistem pacuan semua roda (AWD) AMG Performance 4MATIC+ dengan kawalan traksi AMG Torque Control untuk pemanduan dinamik.
  • Kuasa agihan tork boleh dihantar antara gandar depan dan belakang, serta antara roda kiri dan kanan.
  • Luaran tertera lencana AMG pada bonet dengan lampu utama signatur Multibeam LED berserta ciri bantuan Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHB).
  • Dilengkapi pakej AMG Aerodynamic dengan sistem ekzos kembar dan lip spoiler bumbung di belakang.
  • Gaya luaran dihiasi pakej AMG Night Package.
  • Rim aloi 21 inci AMG hitam kusam dengan kaliper brek merah.

  • Ruang kabin mendapat pakej tempat duduk AMG Performance Seat Package Advanced dan Multicontour Seat dengan balutan kulit buatan tangan Artico dan mikrofiber.
  • Tali keledar Manufaktur merah.
  • Sistem penyaman udara Thermotronic automatik dan lampu ambien 64 warna.
  • Stereng AMG Performance dengan balutan kulit Nappa dan mikrofiber.
  • Dwi-skrin paparan 10.25 inci dengan sistem infotainmen MBUX, dan  konektiviti wayarles Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Tambahan lain, MBUX Interior Assistant, sistem navigasi premium MBUX Augmented Reality Navigation, dan MBUX Navigation Premium, paparan dongak (HUD) dan 12 pembesar suara sistema audio keliling Burmester.
  • Pakej pemanduan termasuk Pakej Bantuan Pemanduan (Driving Assistance Package), Distronik Bantuan Jarak Aktif (Active Distance Assist Distronic), Bantuan Titik Buta Aktif (ABSA), Bantuan Kekal Lorong Aktif (ALKA), Bantuan Brek Aktif (ABA), Bantuan Amaran Keluar (LDA) dan beberapa lagi.

2. Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC

  • Harga atas jalan RM418,888 (termasuk cukai jualan 10 peratus), tanpa insurans untuk Semenanjung.
  • Enjin petrol 4-silinder sebaris 2.0L pengecas turbo berkuasa 302hp @ 5,800rpm dan tork 400Nm @ 3,000-4,000rpm.
  • Transmisi AMG Speedshift DCT 8G.
  • Dilengkapi generator pemula pacuan tali sawat (RSG) dengan bateri 48V sebagai sistem hibrid ringan (MHEV) yang menawarkan anjakan kuasa 10kW dan tork 150Nm.
  • Sistem pacuan semua roda (AWD) AMG Performance 4MATIC.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 5.5 saat.
  • Kelajuan maksimum 250kmj.
  • Lampu utama Multibeam LED dengan Bantuan Tambahan Lampu Suluh Tinggi Adaptif, lampu belakang LED.
  • Rim aloi AMG 20 inci hitam kusam dengan kaliper brek merah.
  • Kerusi sport dengan balutan upholsteri Artico (kulit buatan tangan dan mikrofiber).
  • Tali keledar merah Manufaktur
  • Stereng AMG Performance dengan balutan kulit Nappa dan butang stereng AMG untuk akses fungsi penting.
  • Sistem penyaman udara automatik Thermotronic dan lampu ambien 64 warna.
  • Sistem infotainmen MBUX 10.25 inci dengan konektiviti wayarles Apple CarPlay dan Android Auto
  • Kluster instrumen digital bersaiz sama (10.25 inci).
  • Sistem audio keliling Burmester dengan tambahan sistem navigasi premium Augmented Reality Navigation dan MBUX Navigation Premium.
  • Dilengkapi pakej bantuan pemandu seperti GLA 45 S 4MATIC+.
Mercedes-AMG GLA 45 S 4MATIC+
Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mercedes-AMG GLA 45 S 4MATIC+ Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC Mercedes-Benz Malaysia (MBM) Mercedes-Benz World 2024 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.