Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri: Sistem e-Ujian Memandu Laksana Hujung Tahun Ini
Auto Terkini

Menteri: Sistem e-Ujian Memandu Laksana Hujung Tahun Ini

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize24/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SISTEM ujian memandu elektronik dijangka dilancarkan seluruh negara akhir tahun ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, ada prosedur dan butiran perlu diperhalusi sebelum sistem e-ujian boleh dilaksanakan, yang mana kini masih di peringkat pembuktian konsep (POC).

Menurutnya, tiada sebarang masalah dengan konsep tersebut, tetapi ada beberapa dasar dan prosedur perlu kita tetapkan dan diperhalusi.

Perbincangan juga sudah dibuat dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan mengenai perkara tersebut supaya dapat dilaksanakan menjelang penghujung tahun ini.

Jadi selepas ini, kita boleh memutuskan, mewartakan perubahan prosedur dan seterusnya melaksanakan sistem itu di semua institut pemanduan seluruh negara.”

Loke berkata lagi, ada lima sekolah memandu bersedia melaksanakan sistem berkenaan, iaitu satu di Johor, Pulau Pinang dan Kedah, serta dua lagi di Selangor, tetapi masih di peringkat POC.

Sebaik saja pelaksanaan sistem e-ujian diluluskan, Kementerian Pengangkutan tidak akan mengenakan syarat kepada sekolah memandu untuk melaksanakan sistem tersebut daripada vendor terpilih kerana boleh menimbulkan unsur monopoli.

Justeru Kerajaan memutuskan tidak memilih mana-mana vendor tertentu selagi sistem itu mematuhi spesifikasi dan piawaian ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), yang mana institut dan sekolah bebas memilih.

Sebagai contoh, PIMA (Persatuan Institut Memandu Malaysia) mempunyai sistem tersendiri untuk digunakan ahli atau mereka bebas memilih vendor lain. Tetapi apabila Kementerian mengaudit sistem itu, ia mesti mengikut piawaian,” katanya.

Sistem e-ujian juga tidak diwajibkan kepada pelajar dan sekolah memandu. Bagaimanapun, sistem berkenaan boleh mengurangkan amalan tidak beretika seperti ‘lesen kopi’ atau lesen memandu yang diperoleh secara rasuah.

Sistem e-ujian ini akan melindungi kedua-dua pegawai JPJ dan sekolah memandu daripada dituduh terlibat rasuah. Pelajar juga akan dilindungi yang mana mereka dibenarkan menyemak ujian apabila gagal,” kata Loke lagi.

BACA >>> Ujian Memandu Guna Sistem e-Testing Mula April Ini, Tiada Lagi Pegawai JPJ di Sebelah
BACA >>> Program MyPSV Tawar 4,000 Lesen PSV Percuma kepada B40

SUMBER: TheStar

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini e-Testing e-Ujian Memandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kementerian Pengangkutan Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) Sekolah Memandu Sistem Ujian Pemanduan Elektronik
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

    23/06/2026
    Castrol Edge Roving Truck 2026
    Auto Terkini

    Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

    22/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.