Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Program MyPSV Tawar 4,000 Lesen PSV Percuma kepada B40
Auto Terkini

Program MyPSV Tawar 4,000 Lesen PSV Percuma kepada B40

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize04/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROGRAM MyPSV yang dilancarkan Kerajaan bakal menawarkan 4,000 Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) secara percuma kepada golongan B40 yang layak mengikut syarat ditetapkan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, daripada 4,000 lesen itu, sebanyak 3,500 adalah kepada pemohon lesen PSV e-hailing dan teksi, manakala 500 lagi ditawarkan untuk lesen PSV bas seluruh negara melibatkan peruntukan RM2 juta.

Menurutnya, selain membantu golongan B40 menanggung kos hingga RM2,590 untuk mendapatkan lesen PSV bas, inisiatif berkenaan adalah bagi memenuhi keperluan industri yang mengalami kekurangan pemandu bas tahap kronik.

Loke selepas melancarkan Program MyPSV Peringkat Kebangsaan Tahun 2023, berkata;

Negara memerlukan ribuan pemandu bas bukan saja Prasarana, tetapi juga syarikat bas ekspres dan bas henti-henti seluruh negara.

“Saya difahamkan beberapa syarikat bas ekspres, memang mereka mengalami kekurangan pemandu dan kita tahu antara faktor yang tidak menjadi tarikan kepada orang ramai menjadi pemandu bas adalah kerana gaji rendah,” katanya.

Loke berkata lagi, inisiatif itu adalah tanggungjawab dan komitmen Kerajaan membuka peluang dan ruang kepada masyarakat bagi mempertingkat taraf sosioekonomi serta pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan perkhidmatan awam.

Selain itu, program ini secara langsung menyokong dan menambah baik kelangsungan sektor pengangkutan awam dan pelancongan negara ini,” katanya.

Beliau berkata, Program MyPSV dapat melahirkan pemandu bas, teksi dan e-hailing yang kompeten dan selamat kerana mereka akan menjalani latihan dan ujian untuk memastikan kompetensi sebelum diberikan Lesen Vokasional PSV dan dibenarkan membawa kenderaan perkhidmatan awam.

Sehubungan itu, Loke berkata, semua calon di bawah Program MyPSV Bas perlu menduduki Kursus Teori Vokasional, Latihan dan Ujian Praktikal (merangkumi litar dan jalan raya) setara ketetapan sedia ada, manakala calon di bawah Program MyPSV E-Hailing hanya perlu menduduki Kursus Teori E-Hailing.

Penetapan kesemua modul kursus ujian dan latihan yang dihasilkan adalah betul-betul kompeten dan menjamin keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

BACA >>> Kerajaan Cadang Masukkan Lesen PSV E untuk Pandu Bas dalam Program MyLesen
BACA >>> Ujian Teori Lesen Vokasional PSV, GDL Mansuh Serta-Merta

SUMBER: Bernama

Anthony Loke Siew Fook Bas e-Hailing Kementerian Pengangkutan (MOT) Lesen PSV Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) MoT MyPSV Prasarana
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

    23/06/2026
    Castrol Edge Roving Truck 2026
    Auto Terkini

    Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

    22/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.