Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri: Pelajar IPT Zon Hijau Akan Mula Balik Rumah Esok
Auto Terkini

Menteri: Pelajar IPT Zon Hijau Akan Mula Balik Rumah Esok

Han OthmanBy Han Othman26/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELAJAR Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), Politeknik serta Kolej Komuniti dalam zon hijau bakal memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing secara berperingkat mulai esok (Isnin).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, pergerakan tersebut tidak termasuk pelajar yang berada dalam zon merah dan kuning, atau pulang ke kampung halaman yang berada dalam zon sama.

Pelajar yang berada dalam zon hijau sahaja yang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing yang juga terletak dalam zon hijau.

“Persiapan rapi sedang dilakukan bagi menghantar para pelajar dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Menurutnya, Kementerian Pengajian Tinggi menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk membawa pelajar dari pusat pelepasan di IPT yang dikenal pasti ke destinasi masing-masing. Setiap perkhidmatan pengangkutan akan diiringi seorang pegawai perhubungan yang ada senarai lengkap pelajar.

Selain itu, saringan gejala (suhu badan, sakit tekak, batuk, selesema dan sesak nafas) akan dijalankan KKM dan Pusat Kesihatan Universiti sebelum pergerakan pelajar.

“Pelajar diingatkan untuk sentiasa menjaga penjarakan sosial, memakai penutup hidung dan mulut di sepanjang perjalanan serta mengamalkan kebersihan dengan memakai sanitasi tangan,” katanya.

Sebarang pertanyaan menenai garis panduan kepada ibu bapa dan pelajar boleh menghubungi hotline Bilik Gerakan KPT yang beroperasi 24 jam di talian 03-8870 6777/6949/6628/6623/6124.

SUMBER: Bernama

Bilik Gerakan KPT Datuk Dr Noraini Ahmad Institut Pengajian Tinggi (IPT) IPTA IPTS Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kementerian Pengajian Tinggi Kolej Komuniti Menteri Pengajian Tinggi Pelajar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Politeknik
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam21/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.