Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri Indonesia Pemilik Pertama SUV EV Chery Omoda E5 di Dunia
Auto Terkini

Menteri Indonesia Pemilik Pertama SUV EV Chery Omoda E5 di Dunia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/02/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENTERI Koordinasi Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto menjadi pembeli pertama kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, Chery Omoda E5 di Indonesia.

Malah, Indonesia menjadi negara pertama dunia melancarkan Chery Omoda E5 dan Airlangga ialah pemilik pertama bukan saja di Indonesia, tetapi dunia.

Airlangga berkata;

Sudah tentu saya menghargai pelancaran Omoda E5 dan menjadi pelanggan pertama kereta ini dengan pilihan warna kuning.”

Airlangga juga sudah memandu uji Omoda E5 di pekarangan hotel pada majlis pelancaran tersebut dan berpuas hati dengan kenderaan bebas emisi karbon itu. Beliau berkata;

Kereta ini baik, tiada bunyi dan lancar. Ciri yang ada pun cukup menarik. Anda tak perlu menghidupkan atau mematikan (trenkuasa). Sebaik saja pijak pedal brek, kenderaan dihidupkan serta-merta.”

Logo Chery

Timbalan Presiden Eksekutif Chery Sales Indonesia (CSI), Qu Jizong mengesahkan Airlangga sebagai pemilik pertama Omoda E5 di dunia. Menurutnya, menteri itu meminta warna kuning yang menjadi warna kegemarannya. Beliau berkata;

Ya, memang benar pelanggan pertama kereta ini ialah Airlangga Hartarto.”

Menurutnya, pemilik kedua selepas Airlangga ialah individu bernama Raffi Ahmad. Setakat ini, Indonesia mencatat lebih  500 unit tempahan Omoda E5.

Omoda E5 dijual pada harga Rp498.8 juta (RM150,910) dengan diskaun Rp10 juta (RM3,025) kepada 1,000 pembeli pertama, termasuk waranti seumur hidup untuk bateri dan motor elektrik.

Omoda E5 menggunakan pek bateri Litium Besi Fosfat (LFP) berkapasiti 61.06kWh yang menawarkan jarak pemanduan 430km, mengikut ujian Prosedur Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).

Bateri EV digunakan boleh menggunakan pengecas pantas (DC) 150kW yang mengambil masa 28 minit untuk mencapai kapasiti 30 hingga 80 peratus.

Motor elektrik Omoda E5 boleh menghasilkan output kuasa 204hp dan tork 340Nm, dengan pecutan 0-100kmj dalam masa 7.2 saat.

SUMBER: Oto.Detik

Airlangga Hartarto autoterkini Chery Omoda E5 (2024) Kenderaan Elektrik (EV) Qu Jizong Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.