Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»McLaren Senna – Kereta Jalanan yang Tidak Sesuai Dipandu Atas Jalan (789hp, 800Nm)
Roda4

McLaren Senna – Kereta Jalanan yang Tidak Sesuai Dipandu Atas Jalan (789hp, 800Nm)

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JENTERA trek McLaren Senna baharu dengan kod nama P15, melakukan debut di England. Walaupun McLaren mengakui Senna sebagai kereta sah atas jalan paling ekstrem pernah dibina pengeluar automotif dari Britain itu, tetapi model itu dikatakan tidak sesuai untuk dipandu atas jalan raya biasa. Ini kerana cuma trek saja yang mampu membuatkan si pemandu merasai kehebatan sebenar supercar tersebut.

Di sebalik bonet Senna ialah enjin 4.0L pengecasturbo V8 berkuasa 789hp dan tork 800Nm yang disalurkan kepada roda belakang menerusi kotak gear 7-kelajuan dwi-klac dengan pedal anjakan gentian karbon panjang. Ada tiga mod pacuan ditawarkan: Comfort, Sport dan Track dengan menjanjikan pecutan buas dalam semua mod.

Senna dibangunkan menggunakan casis ‘Monocage’ McLaren daripada gentian karbon versi generasi ketiga dengan berat cuma 1,197kg. Sistem suspensi pula menampilkan double-wishbone hidraulik, dipanggil Kawalan Casis RaceActive II yang bekerja harmoni bersama sistem aerodinamik aktif depan dan belakang. Jurutera McLaren turut memperhalusi stereng elektrohidraulik dan peredaman bagi memastikan fiil pemanduan lebih energetik dan bermaya walaupun dipandu di bawah potensi sebenar.

PRESTASI HINGGA BATASAN

Sistem brek adalah bahagian paling ekstrem yang dimuatkan pada mana-mana jentera jalanan McLaren dengan dibekalkan rim aloi kunci tengan ultra ringan dan dibalut tayar Pirelli Trofeo R. Rekaan kokpit mengambil ilham perlumbaan dengan hanya bahagian kerusi, papan pemuka dan beg udara sisi yang dilitupi upholsteri (kulit atau Alcantara). Skrin infotainment tengah dan Paparan Pemandu Lipat McLaren, yang paling terkini diperkenalkan pada 720S, membantu menyampaikan maklumat kepada pemandu.

BACA >>> Inilah McLaren Paling Murah di Pasaran, RM344 Sahaja!

Boleh dikatakan hampir tiada ruang untuk simpanan bagasi dan barangan lain. Cuma ruang kecil di sebalik kerusi yang mampu memuatkan dua sut lumba dan dua helmet. Ambilan snorkel di bumbung berfungsi menyuapkan bunyi frekuensi tinggi dan kuat ke dalam kabin untuk menghasilkan lebih pengalaman memandu yang membara.

Pengarah Barisan Kenderaan McLaren, Andy Palmer berkata, McLaren Senna memberikan segala apa yang dimaksudkan erti prestasi sebenar hingga kepada batasan upaya pemandu. Bersama nisbah kuasa kepada berat yang menakjubkan, Senna adalah jentera dengan prestasi yang boleh dicapai dan diakses, serta pada masa sama mengujakan dan mencabar untuk pemandu terbaik dunia.

Cuma 500 McLaren Senna dibina dan setiap satu sudah dijual pada harga £750,000 (RM4.08 juta).

GALERI

McLaren McLaren Senna Roda4 Supercar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

19/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.