• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / McLaren Senna – Kereta Jalanan yang Tidak Sesuai Dipandu Atas Jalan (789hp, 800Nm)

McLaren Senna - Kereta Jalanan yang Tidak Sesuai Dipandu Atas Jalan (789hp, 800Nm)

December 11, 2017 By AO 1 Comment

FacebookTwitter


JENTERA trek McLaren Senna baharu dengan kod nama P15, melakukan debut di England. Walaupun McLaren mengakui Senna sebagai kereta sah atas jalan paling ekstrem pernah dibina pengeluar automotif dari Britain itu, tetapi model itu dikatakan tidak sesuai untuk dipandu atas jalan raya biasa. Ini kerana cuma trek saja yang mampu membuatkan si pemandu merasai kehebatan sebenar supercar tersebut.

Di sebalik bonet Senna ialah enjin 4.0L pengecasturbo V8 berkuasa 789hp dan tork 800Nm yang disalurkan kepada roda belakang menerusi kotak gear 7-kelajuan dwi-klac dengan pedal anjakan gentian karbon panjang. Ada tiga mod pacuan ditawarkan: Comfort, Sport dan Track dengan menjanjikan pecutan buas dalam semua mod.

Senna dibangunkan menggunakan casis 'Monocage' McLaren daripada gentian karbon versi generasi ketiga dengan berat cuma 1,197kg. Sistem suspensi pula menampilkan double-wishbone hidraulik, dipanggil Kawalan Casis RaceActive II yang bekerja harmoni bersama sistem aerodinamik aktif depan dan belakang. Jurutera McLaren turut memperhalusi stereng elektrohidraulik dan peredaman bagi memastikan fiil pemanduan lebih energetik dan bermaya walaupun dipandu di bawah potensi sebenar.

PRESTASI HINGGA BATASAN

McLaren-Senna-16
McLaren-Senna-15
McLaren-Senna-14
McLaren-Senna-12

Sistem brek adalah bahagian paling ekstrem yang dimuatkan pada mana-mana jentera jalanan McLaren dengan dibekalkan rim aloi kunci tengan ultra ringan dan dibalut tayar Pirelli Trofeo R. Rekaan kokpit mengambil ilham perlumbaan dengan hanya bahagian kerusi, papan pemuka dan beg udara sisi yang dilitupi upholsteri (kulit atau Alcantara). Skrin infotainment tengah dan Paparan Pemandu Lipat McLaren, yang paling terkini diperkenalkan pada 720S, membantu menyampaikan maklumat kepada pemandu.

BACA >>> Inilah McLaren Paling Murah di Pasaran, RM344 Sahaja!

Boleh dikatakan hampir tiada ruang untuk simpanan bagasi dan barangan lain. Cuma ruang kecil di sebalik kerusi yang mampu memuatkan dua sut lumba dan dua helmet. Ambilan snorkel di bumbung berfungsi menyuapkan bunyi frekuensi tinggi dan kuat ke dalam kabin untuk menghasilkan lebih pengalaman memandu yang membara.

Pengarah Barisan Kenderaan McLaren, Andy Palmer berkata, McLaren Senna memberikan segala apa yang dimaksudkan erti prestasi sebenar hingga kepada batasan upaya pemandu. Bersama nisbah kuasa kepada berat yang menakjubkan, Senna adalah jentera dengan prestasi yang boleh dicapai dan diakses, serta pada masa sama mengujakan dan mencabar untuk pemandu terbaik dunia.

Cuma 500 McLaren Senna dibina dan setiap satu sudah dijual pada harga £750,000 (RM4.08 juta).

GALERI

FacebookTwitter

Filed Under: McLaren, Roda4 Tagged With: McLaren, McLaren Senna, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Yamaha Vietnam Tayang Model Konsep 'Waisuku' yang Lebih Futuristik dan Langsing
    Yamaha Vietnam Tayang Model Konsep 'Waisuku' yang Lebih Futuristik dan Langsing
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Apakah Jarak Selamat Memandu di Belakang Kenderaan Depan?
    #TahukahAnda: Apakah Jarak Selamat Memandu di Belakang Kenderaan Depan?
  • Yamaha Lagenda 115Z (2020) Kini dengan Warna, Grafik Baharu, Harga Sama RM5,180
    Yamaha Lagenda 115Z (2020) Kini dengan Warna, Grafik Baharu, Harga Sama RM5,180

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my