Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mazda USA Umum Harga Mazda3, AS$22k (RM93k) untuk Sedan Auto Enjin 2.5L
Auto Terkini

Mazda USA Umum Harga Mazda3, AS$22k (RM93k) untuk Sedan Auto Enjin 2.5L

Han OthmanBy Han Othman25/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAZDA USA mengumumkan harga untuk sedan Mazda3 (2019) yang bermula serendah AS$21,000 (86,856) dengan tambahan caj destinasi AS$895 (RM3,701) untuk semua model. Harga versi hatchback pula bermula AS$23,600 (RM97,609). Harga asas itu ialah untuk varian pacuan roda depan (FWD) dan transmisi manual 6-kelajuan.

Harga paling murah untuk sedan Mazda3 (varian Select) dengan transmisi automatik 6-kelajuan ialah AS$22,600 (RM93,473), manakala hatchback Mazda3 automatik paling murah berharga AS$25,200 (RM104,227).

BACA >>> #SMS2019: Mazda3 (2019) Tunjuk Muka di Singapura, Tetapi Bukan untuk Dijual

Mazda3 (2019) versi pacuan semua roda (AWD), dipanggil ‘i-Activ’, ditawarkan dalam varian Select, Preferred dan Premium. Sedan AWD paling murah ialah Select, bermula harga AS$24,000 (RM99,264), manakala hatchback AWD termurah cuma ada dalam varian Preferred, AS26,600 (RM110,017). Namun, tiada transmisi manual untuk model AWD.

Cuma ada satu trenkuasa untuk Mazda3 (2019) ketika pelancaran nanti ialah enjin 4-silinder 2.5L Skyactiv-G berkuasa 186hp dan tork 252Nm. Enjin baharu Skyactiv-X, dengan teknologi pencucuhan mampatan, bakal menyusul kemudian.

Ciri standard diberikan ialah paparan skrin lebar 8.8 inci, sistem audio 8 pembesar suara, paparan kluster tolok TFT 7 inci, penghidup tanpa kunci dengan butang tekan-mula, dua palam USB, lampu utama dan belakang LED, rim aloi 16 inci dan banyak lagi.

Pakej varian Select memiliki ciri konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, rim 18 inci dan sistem bantuan pemandu, terdiri daripada Kawalan Jelajah Radar Mazda (MRCC) dengan ciri henti-pergi (stop-go), Bantuan Brek Kecemasan (EBA) dan Amaran Perhatian Pemandu (DAA).

BACA >>> Mazda3 (2019) Tawar Teknologi SkyActiv-X, Enjin Petrol dengan Pembakaran Cara Diesel

Varian pertengahan, Preferred ditambah pakej sistem audio Bose 12 pembesar suara, radio satelit Sirius, kerusi pemandu elektrik 8-tetapan dan fungsi pemanas untuk kerusi depan. Varian atasan, Premium diberikan ciri lebih mewah seperti kerusi kulit, bumbung bulan @ moonroof elektrik, lampu utama adaptif, rim aloi hitam berkilat 18 inci, dan pedal syif (untuk transmisi automatik)

Jualan Mazda3 (2019) akan bermula Mac ini untuk pasaran seluruh AS.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Amerika Syarikat (AS) Auto Terkini Harga Mazda3 (2019) hatchback Mazda USA Mazda3 (2019) Mazda3 hatchback Mazda3 sedan Roda4 Sedan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.