Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda Perkenal Bahasa Rekabentuk Baharu Gabungan Teknik Tradisional dan Moden
Roda4

Mazda Perkenal Bahasa Rekabentuk Baharu Gabungan Teknik Tradisional dan Moden

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/07/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAHASA rekabentuk baharu Mazda sedia melakukan kemunculan perdana bagi kenderaan versi pengeluaran tahun depan yang bakal menyaksikan pengeluar itu memecahkan tradisi rekabentuk tipikal Jepun dengan pendekatan gaya dari perspektif berbeza.

Mazda biasanya menggunakan model tanah liat apabila melakarkan rekabentuk sesebuah model, tetapi baru-baru ini memilih menggunakan pereka digital untuk menghasilkan bentuk rumit dan membentuk arca panel badan.

Bercakap kepada Automotive News, pakar rekabentuk kreatif Mazda, Takahiro Matsui berkata, bahasa baharu itu memerlukan kerjasama antara pasukan pereka digital dan tanah liat.

“Ini ialah permulaan penciptaan bersama dan pertandingan. Kami perlu bekerja bersama, tetapi juga bertempur satu sama lain,” kata Matsui.

Hasil pertama daripada hubungan rapat ini ialah model konsep Vision Coupe, yang didedahkan pada Pameran Motor Tokyo pada Oktober tahun lalu. Pasukan pereka Mazda meluangkan masa dua tahun untuk menghasilkan model konsep tersebut dengan dominasi permukaan aliran yang menawarkan refleksi rumit dan membangkitkan emosi, tidak seperti rekabentuk Mazda masa lampau.

BUKAN MUDAH

Proses mencapai rekabentuk itu bukan mudah, menurut Matsui. Faktanya, Mazda kerap mengubah radius lengkung panel badan hingga kadangkala sekecil 0.01mm semata-mata bagi menghasilkan rupa sempurna.

“Kami perlu mengawal permukaan hingga kepada tahap minit untuk mendapatkan rupa yang dimahukan. Proses ini memerlukan banyak masa dan tenaga,” katanya.

Walaupun Mazda menggunakan banyak teknologi dalam menghasilkan model masa depan berbanding proses terdahulu, Matsui masih percaya model tanah liat adalah lebih unggul dan akan kekal penting.

“Saya masih fikir tanah liat lebih baik. Hanya jika kita boleh sentuh model digital, mungkin ketika itu kita menang,” katanya.

Antara model pengeluaran pertama Mazda yang menampilkan bahasa rekabentuk baharu pengeluar itu ialah Mazda3 baharu yang meminjam gaya rekaan Mazda Kai Concept.

SUMBER: CarScoops

Bahasa Rekabentuk mazda Mazda KAI concept Rekabentuk Roda4 Takahiro Matsui Vision Coupe
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.