Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mazda MX-30 Dipilih Kereta Paling Cantik 2020 di Jepun!
Auto Terkini

Mazda MX-30 Dipilih Kereta Paling Cantik 2020 di Jepun!

Abang HirataBy Abang Hirata13/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN buatan Mazda memang diakui memiliki gaya tersendiri. Falsafah rekabentuk Kodo – Soul of Motion yang bercirikan kelasakan berjaya diaplikasikan pada model daripada sekecil Mazda2 hingga sebesar CX-9.

Menariknya, Mazda juga menggunakan tema sama untuk trak pikap BT-50. Bayangkan elemen elegan digunakan pada model pacuan empat roda berkarakter lasak dengan gaya yang langsung  tidak nampak canggung.

Ada apa lagi dengan rekabentuk Mazda? Terkini, pengeluar dari Hiroshima itu memberikan gambaran meyakinkan menerusi crossover MX-30 yang juga kenderaan elektrik pertama jenama itu apabila memenangi anugerah kereta paling cantik di Jepun untuk tahun ini.

Mengenai MX-30, rekabentuk kenderaan utiliti sukan (SUV) dibikin berbeza berbanding model lain yang membawa definisi baharu gaya Kodo, dan nampak ranggi. Adakah gaya baharu ini boleh diterima? Jawapannya nyata positif apabila model itu meraih anugerah Rekabentuk Kereta Terbaik Tahunan Jepun 2020 (Japan Design Car of the Year, JDCOTY).

Ini kategori baharu yang baru saja diwujudkan dalam Anugerah Kereta Terbaik Tahunan Jepun (JCOTY), sekali gus mencatatkan satu lagi rekod menarik buat Mazda.

MX-30 dibina berasaskan konsep ‘Human Modern’ yang mencabar kaedah baharu dalam menterjemahkan rekabentuk Kodo – Soul of Motion. Bahagian luaran direka ringkas bagi menonjolkan kecantikan SUV itu sebagai gerakan jisim solid (solid mass).

Walaupun ringkas, MX-30 tampil unik dengan pintu gaya bebas ala model sport ikonik RX-8. Ruang dalaman pula tampil minimalis dengan mengetengahkan falsafah Mazda tersendiri yang turut dijelmakan pada trenkuasa.

BACA >>> Sony Hasilkan Model Konsep Kereta Elektrik Vision-S yang Mampu Pecut 239kmj!

MX-30 dijana enjin e-SkyActiv dengan bateri 35.5kWh berkuasa 144hp dan tork 264Nm, manakala jarak pemanduan cuma 209km, tidaklah terlaku jauh jika dibandingkan pesaing kereta elektrik lain.

Sebenarnya Mazda sengaja buat begitu kerana mengambil kira situasi emisi ‘dari telaga (minyak) ke roda (well-to-wheel)‘. Maknanya, pengeluar itu tidak mahu kereta saja mesra alam, tetapi elemen hijau automotif mestilah dibuat menyeluruh.

Dari segi prestasi, MX-30 dengan sistem pacuan roda depan (FWD) ini memiliki kuasa keseluruhan 143hp dan tork 271Nm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 9.7 saat.

BACA >>>#TahukahAnda: Kenapa Crossover EV Mazda MX-30 Cuma Dapat Pandu 200km?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu

MAZDA MX-30 100th Aniversary Model (Japanese Specification)
Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) kereta elektrik Kereta Paling Cantik di Jepun 2020 mazda Mazda MX-30 MX-30 Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.