Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda Malaysia Umum Harga CX-5 (2019) Baharu, RM181k untuk Varian 2.5L Turbo
Roda4

Mazda Malaysia Umum Harga CX-5 (2019) Baharu, RM181k untuk Varian 2.5L Turbo

Han OthmanBy Han Othman03/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS membuka tempahan pada awal bulan lalu, Mazda Malaysia mengumumkan harga rasmi untuk model CX-5 (2019) baharu pada harga atas jalan bermula RM137,379.20, tanpa insurans.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda paling popular di Malaysia ini kekal dengan bahasa rekabentuk KODO, dan untuk versi 2019 tampil dengan beberapa ciri teknologi baharu yang menawarkan ekstra keselesaan dan kemudahan, kestabilan pemanduan dan prestasi kepada pemiliknya.

BACA >>> Mazda CX-5 2.5L Turbo Ditayangkan di Sunway Pyramid, Tempahan Turut Dibuka

APA YANG BAHARU?

Aspek KESELESAAN DAN KEMUDAHAN, ciri konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto kini didatangkan sebagai standard yang boleh diakses menerusi paparan unit infotainment MazdaConnect. Seiring populariti telefon pintar Apple dan Android, ciri baharu itu menjanjikan pengalaman akses atas talian secara lebih lancar dengan aplikasi mobil bersepadu seperti Waze, Google Maps, Spotify dan fungsi telefon lain.

Teknologi infotainment yang diberikan mampu membantu pemandu dan penumpang menggunakan aplikasi telefon pinta dengan selamat tanpa mengabaikan fokus pemanduan.

Mazda turut memperkenalkan paparan kluster TFT 7.0 inci baharu, dan ekzklusif untuk varian baharu, SkyActiv 2.5L Turbo ialah paparan dongak (HUD) berwarna.

BACA >>> Mazda CX-5 Raih 6 Anugerah Automotif Malaysia Sepanjang 2018

Aspek KESTABILAN PEMANDUAN, ciri kawalan pemvektoran G-Vectoring Control Plus (GVC Plus) diberikan sebagai standard untuk semua varian. Asalnya, ciri ini ialah teknologi khas yang dibangunkan Mazda untuk menghasilkan respon stereng lebih tepat dan konsisten dengan menggunakan perubahan kecil dalam tork enjin untuk mengalihkan berat kepada tayar depan apabila pemandu membelok.

Dalam versi kemas kini, ciri GVC Plus berfungsi menambah baik respons stereng ketika pemandu meluruskan roda dengan menambah sedikit tekanan brek pada roda luar. Ini memberikan lebih kestabilan dan keyakinan ketika memecut laju.

BACA >>> #PanduUji: Mazda CX-5 Diesel AWD yang Seksi, Seronok Dipandu dan Jimat!

Akhir sekali ialah aspek PRESTASI, iaitu pengenalan enjin baharu, SkyActiv-G 2.5L Turbo AWD bagi menggantikan enjin diesel SKyActiv-D 2.2L AWD. Trenkuasa baharu ini akan menyertai empat varian enjin sedia ada, iaitu SkyActiv-G 2.0L, 2.5L Aspirasi Natural (NA), 2WD variants dan SkyActiv-D 2.2 2WD Diesel.

Semua varian dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan SkyActiv-Drive dengan mod anjakan manual.

APA ISTIMEWA SKYACTIV-G 2.5L TURBO?

Enjin SkyActiv-G 2.5L Turbo AWD mampu menjana kuasa setinggi 227hp @ 5,000rpm dan tork 420Nm @ 2,000rpm dengan menawarkan pecutan linear yang lancar dan fiil pemanduan berprestasi premium.

Teknologi Turbo Tekanan Dinamik (Dynamic Pressure Turbo, DPT) Mazda menghasilkan pusuan turbo pada rev rendah dengan menggunakan port inlet kecil untuk memecutkan gas ekzos ke atas turbin. Ini membolehkan injap kedua terbuka pada rev tinggi, sekali gus meningkatkan aliran udara dan kuasa kuda maksimum.

Kecuali 2.0L 2WD GL, semua varian CX-5 (2019) baharu dilengkapkan ciri keselamatan termaju i-ActivSense, terdiri daripada Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Sokongan Brek Bandar Pintar (SCBS) depan dan belakang. Semua model dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD).

Ada 8 pilihan warna untuk dipilih: Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Sonic Silver, Meteor Gray, Jet Black dan Arctic White.

BACA >>> Mazda CX-8 Lancar di Malaysia dengan Enjin Petrol dan Diesel, Tempahan Kini Dibuka

VARIAN DAN HARGA

Berikut harga CX-5 (2019) baharu mengikut varian:

  • 2.0G 2WD Mid – RM137379.20
  • 2.0G 2WD High – RM154, 379.20
  • 2.5G 2WD High – RM167,770.40
  • 2.2D 2WD High – RM172,532.80
  • 2.5G 4WD High – RM181,770.40

* Harga atas jalan, Semenanjung dan Individu, serta  tanpa insurans,

Setiap pembelian dipakejkan dengan waranti 5 tahun dan penyenggaraan percuma 5 tahun, termasuk upah buruh, alat ganti dan pelincir. Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi MazdaMalaysia (mazda.com.my).

GALERI
Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mazda CX-5 (2019) Mazda Malaysia Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mercedes-Benz GLC Electric L dan CLA 260 L Lebih Panjang Untuk China

28/04/2026
Auto Terkini

Jamal Zaman Kaus Menang Perodua Alza 1.5H Dalam Kempen ‘Belanja dan Menang’ PLUS

28/04/2026
Auto Terkini

Denza Z Tampil Di China, Lebih 1,000 ps, 0-100 km/j Tak Sampai 2 Saat!

28/04/2026
Roda4

LEPAS Debut Global di Auto China 2026 – Perkenal Strategi NEV dan Model L6 EV, L4 EV

27/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Keeway RKR250 2026
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Roda2

Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Helmet YOHE lancar di Malaysia
Aksesori

YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

By Syafie21/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

By Syafie17/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.