Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mazda Lancar CX-9 (2021) Dengan Pakej Ignite Edition, Harga Mula RM319k!
Auto Terkini

Mazda Lancar CX-9 (2021) Dengan Pakej Ignite Edition, Harga Mula RM319k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BERMAZ Motor memperkenalkan model Mazda CX-9 versi dipertingkat edisi 2021 yang kini hadir bersama pakej Ignite Edition. Kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan tiga barisan tempat duduk itu adalah model import (CBU) dari Jepun.

Ada enam warna ditawarkan untuk Mazda CX-9 Ignite Edition (2021) iaitu Soul Red Crystal (merah), Machine Gray (kelabu), Snowflake White Pearl (putih), Sonic Silver (perak), Deep Crystal Blue (biru) dan Jet Black (hitam). Berikut ialah perinciannya:

BACA >>> Mazda Australia Lancar CX-3 Edisi Khas Sempena Aniversari ke-100, 70 Unit Sahaja

  • Pakej Ignite Edition memadankan rona hitam kilat pada perumah cermin sisi, gril depan rekabentuk baharu dan rim aloi 20 inci sebagai ciri standard.
  • Ruang kabin pula kelihatan premium dengan kerusi material kulit berwarna Burgundy dan trim hitam pada papan pemuka, pemegang dan panel pintu.
  • Aspek premium lain yang ditawar sebagai ciri standard termasuk sistem infotainmen dengan fungsi Wireless Apple CarPlay serta sambungan Android Auto. Ada dua ciri tambahan baharu iaitu Wireless Charger (pengecasan tanpa wayar) dan Paddle Shifter.

BACA >>> #SembangDeras: Mana Lebih Seronok, Pandu Gear Manual atau Automatik?

Harga dan Jaminan

  • Mazda CX-9 2.5L Turbo 2WD : RM319,847.40
  • Mazda CX-9 2.5L Turbo AWD : RM336,215.40
  • Harga jualan itu termasuk Pengurangan Cukai Jualan (SST) sebanyak 50 peratus (model CBU), atas jalan dan tidak termasuk insurans. Pelepasan cukai SST itu adalah sehingga 31 Disember 2021.
  • Jaminan pengeluar diberi ialah lima tahun dan penyelenggaraan percuma lima tahun tertakluk kepada standard pengeluar termasuk upah buruh, alat ganti dan bendalir.
  • Kedua-dua jaminan pengilang dan penyelenggaraan percuma ada tempoh liputan selama lima tahun dan had perbatuan 100,000km (mana-mana tiba dulu).

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?

Trenkuasa dan Sistem Pacuan

  • Menggunakan enjin petrol Skyactiv-G 2.5 Turbo, 4-silinder sebaris 16-injap DOHC 2,488cc, menghasilkan kuasa 228hp @ 5,000rpm dan tork 420Nm @ 2,000rpm.
  • Sistem transmisi Skyactiv Drive 6-Kelajuan automatik dengan Mod Syif Manual. Kelajuan maksimum ialah 210kmj.
  • Ada dua pilihan sistem pacuan iaitu pacuan dua roda (2WD) dan pacuan semua roda i-Activ (AWD).

Suit Keselamatan i-Activsense

Ciri keselamatan yang didatangkan bagi model Mazda CX-9 (2021) ialah:

  • Lampu Depan Adaptif LED
  • Pemantauan Titik Buta dengan Amaran Trafik Lintasan Belakang
  • Amaran Tukar Lorong dengan Bantuan Kekal Lorong
  • Amaran Perhatian Pemandu
  • Sokongan Brek Bandar Pintar
  • Sokongan Brek Pintar dan Kawalan Radar Jelajah Mazda

Ciri Standard Lain

  • Roda stereng dan tombol gear balutan kulit
  • Penyaman udara automatik tiga zon
  • Kerusi kuasa pemandu dengan 10 tetapan dan fungsi memori
  • Aksen lampu dalaman LED
  • Sambungan telefon bebas tangan Bluetooth dan padanan audio
  • Sistem kemasukan tanpa kunci dan butang mula henti
  • Lampu LED dengan penyelarasan automatik
  • Lampu siang LED dan lampu belakang LED
  • Pengilap cermin dengan sensor hujan

BACA >>> Nak Pilih SUV atau 4WD? Apa yang Beza?
BACA >>> #TahukahAnda: Seberapa Pantas Suhu Luar Panaskan Kabin Kereta?
BACA >>> Kajian: 7 Sebab Kenapa Pasangan, Keluarga Kerap Bertengkar dalam Kereta

bermaz Motor Mazda CX-9 Ignite Edition (2021) Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.