Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mazda CX-8 Buat Penampilan Sulung di Malaysia, Bakal Lancar Tahun Ini?
Auto Terkini

Mazda CX-8 Buat Penampilan Sulung di Malaysia, Bakal Lancar Tahun Ini?

Abang GYLBy Abang GYL22/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEGMEN kenderaan utiliti sukan (SUV) bakal dimeriahkan lagi dengan kehadiran Mazda CX-8 apabila model itu membuat penampilan sulung di Malaysia, baru-baru ini.

CX-8 dijangka hadir dalam empat varian dengan dua pilihan enjin: diesel 2.2L dan petrol 2.5L. Enjin diesel Skyactiv-D 2.2L dipacu sistem pacuan semua roda (AWD) yang mampu menjana kuasa 188hp dan tork 450Nm. Enjin petrol Skyactiv-G pula mampu memberikan kuasa 192hp dan tork 257Nm. Kedua-dua varian enjin itu akan dipadankan kotak gear automatik 6-kelajuan.

BACA >>> Bermula 1 Januari 2019, Mazda Beri 5 Tahun Waranti dan Servis Percuma!!!

Mazda CX-8 2019
Lebih menarik, kami dimaklumkan CX-8 yang bakal diperkenalkan itu ialah model pemasangan tempatan (CKD) dari kilang di Kulim, Kedah. Malah, Bermaz Motor, juga pengedar jenama Mazda di Malaysia, turut merancang mengeksport CX-8 ke pasaran Asean.

Dari aspek rekaan, CX-8 menampilkan sosok badan tegap dan seksi. Sekali imbas nampak seakan abangnya, CX-9. Apa yang berbeza dimensi badan dan spesifikasi enjin. Antara ciri menarik SUV saiz pertengahan ini ialah lampu utama dengan lampu kabus LED, sistem penghidup tanpa kunci @ keyless, rim 19-inci, 6 beg udara, Bantuan Brek (BA) dan banyak lagi.

CX-8 turut menawarkan dua konfigurasi tempat duduk, iaitu enam (2+2+2) dan tujuh (2+3+2). Bagaimanapun, perincian spesifikasi yang bakal dijual untuk pasaran tempatan masih belum didedahkan.

BACA >>> Kereta Sport Mazda dengan Enjin Rotari Bakal Kembali?

BERAPA HARGA?

Begitu juga harga jualan dan tarikh pelancaran. Tiada sebarang tanda harga didedahkan Mazda. Mungkin sekitar RM200,000 jika dibandingkan dengan CX-9. Namun ingat, CX-8 itu nanti ialah versi CKD. Jadi, kemungkinan besar harga jadi lebih murah.

Persoalan lebih penting, adakah CX-8 bakal menepati cita rasa rakyat Malaysia, terutama pembeli yang sudah berkeluarga? Bagaimanakah pula pandangan anda tentang SUV ini?

Tunggu!!!

BACA >>> Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 1]: Bagaimanakah Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS) Bekerja?

BACA >>> Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 2]: Memandu Malam Lebih Tenang dengan Kawalan Suluh-Tinggi (HBC)

BACA >>> Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 3]: Kawalan Jelajah Radar Mazda (MRCC) Kekalkan Jarak Pandu Selamat

BACA >>> Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 4]: Apakah Fungsi Sistem Pantau Kenderaan Belakang (RVM)?

GALERI
Mazda CX-8 2019
Mazda CX-8 2019
2019 Mazda CX-8 enjin Mazda CX-8 Harga Mazda CX-8 Mazda CX-8 Mazda CX-8 2019 Mazda CX-8 2019 Malaysia Mazda CX-8 baru
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.