• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 1]: Bagaimanakah Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS) Bekerja?

Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 1]: Bagaimanakah Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS) Bekerja?

September 20, 2018 By Azhan O 4 Comments

527
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI tahu tentang teknologi SKYACTIV yang sinonim dengan enjin buatan Mazda. Tetapi, pernahkah anda dengar tentang Mazda i-ACTIVSENSE?

i-ACTIVSENSE merujuk kepada siri teknologi keselamatan termaju yang dibangunkan Mazda menerusi penggunaan peranti pengesan seperti radar miligelombang (milliwave) dan kamera.

Mazda i-ACTIVSENSE terdiri daripada:

  • Teknologi Keselamatan Aktif (Active Safety Technology - AST), sebagai sokongan kepada pemanduan selamat untuk membantu pemandu mengenal pasti potensi bahaya
  • Teknologi Keselamatan Pra-Perlanggaran (Pre-Crash Safety Technology), membantu pemandu mengelak rempuhan atau mengurangkan impak teruk jika berlaku kemalangan tidak dapat dielakkan.

Artikel kali ini dibuka secara bersiri untuk menjelaskan satu-persatu ciri AST dalam Mazda i-ACTIVSENSE.


1. AFS - SISTEM LAMPU DEPAN ADAPTIF / ADAPTIVE FRONT LIGHTING

Antara faktor paling penting dalam mengurangkan keletihan pemandu dan meningkatkan keselamatan ketika memandu malam ialah menyediakan ruang pandangan yang diterangi dengan baik.

Sistem Lampu Depan Adaptif atau Adaptive Front Lighting System (AFS) mengoptimumkan tebaran cahaya lampu depan mengikut situasi pemanduan. Berdasarkan kelajuan kenderaan dan input stereng, sistem akan menghalakan lampu depan suluh rendah (low beam) ke arah laluan yang mahu dituju pemandu.

BACA >>> Mazda2 Remuk Teruk, Tetapi Pemandu Hanya Luka Kecil

Sistem juga akan memberikan jarak pencahayaan lebih jauh dan terang berbanding lampu depan halogen, sekali gus meningkatkan ruang pandangan dan kejelasan ketika memandu malam di selekoh dan simpang jalan.

Bagaimana AFS Berkerja?
Digabungkan fungsi aras auto (auto leveling), sistem AFS turut memberikan tebaran cahaya stabil tanpa dipengaruhi posisi kenderaan. Dengan mengekalkan paksi pencahayaan, AFS membantu kenderaan dari arah bertentangan yang tidak nampak kehadiran kenderaan kita disebabkan keadaan semasa, seperti melalui laluan berbukit, bonggol atau permukaan jalan tidak rata.

Ingat, AFS direka untuk mengurangkan risiko kemalangan dengan menyediakan ruang pandangan yang diterangi dengan baik. Bagaimanapun, sistem ini tetap mempunyai had dan tidak semua sistem keselamatan atau sebarang kombinasi sistem tersebut mampu menghalang semua kemalangan.

BACA >>> #PanduUji: Mazda CX-5 Diesel AWD yang Seksi, Seronok Dipandu dan Jimat!

Malah, sistem ini sama sekali tidak boleh ditukar ganti dengan etika memandu selamat dan fokus. Jadi, sila memandu berhati-hati setiap masa dan jangan terlalu bergantung kepada teknologi untuk mengelak kemalangan. Ini kerana tidak semua model ada sistem seperti ini di seluruh pasaran dunia.

Sila hubungi pengedar Mazda terdekat untuk maklumat terperinci, atau rujuk manual pengguna tentang tambahan perincian, had batasan dan amaran sistem.

BAGAIMANAKAH AFS BEKERJA?

SUMBER: Mazda.com

Artikel Berkaitan

527
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: AFS, autotainment, ciri keselamatan kereta, mazda, Mazda i-ACTIVSENSE, Sistem Lampu Depan Aktif (AFS), Teknologi Keselamatan Aktif, Teknologi Keselamatan Pra-Perlanggaran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my