Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda CX-5 (2023) Dikemas Kini di Jepun dengan Tambahan Varian Retro Sports Edition
Roda4

Mazda CX-5 (2023) Dikemas Kini di Jepun dengan Tambahan Varian Retro Sports Edition

Abang HirataBy Abang Hirata24/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAZDA CX-5
generasi kedua diperkenal pada November 2016, manakala model versi dipertingkat (facelift) menerima giliran pada September 2021.

Tanda-tanda model pengganti kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C itu belum kelihatan dan Mazda sebenarnya sudah memperkenalkan dua lagi model baharu, CX-50 pada November 2021 dan CX-60 (Mac 2022).

Menariknya, kedua-dua model itu membawa konsep berbeza, yang mana Mazda CX-50 tampil lasak (rugged) untuk gaya hidup luar dan aktif, manakala Mazda CX-30 lebih premium. Kedua-duanya juga sedikit besar berbanding Mazda CX-5.

Nampaknya, hayat produk Mazda CX-5 generasi kedua masih bersambung selepas Mazda baru saja memperkemaskan model itu untuk pasaran Jepun.

Mazda CX-5 di Malaysia.

Mazda CX-5 ialah model penting kerana mewakili satu pertiga jualan global jenama itu. Justeru tidak menghairankan kenapa model tersebut terus dijual. Tempahan untuk pelanggan di Jepun juga sudah dibuka dan edaran dijadualkan pertengahan Oktober.

Selain Black Tone Edition dan Sports Appearance (foto atas) yang popular dalam kalangan pelanggan Jepun, Mazda turut memperkenalkan satu lagi edisi baharu, iaitu Retro Sports Edition yang membawa konsep retro moden.

Mazda CX-5 versi Jepun memiliki sejumlah varian unik seperti 20S Smart Edition, 25S Sports Appearance, XD Field Journey dan XD Exclusive Mode.

Ada tiga pilihan enjin, iaitu SkyActiv-G 2.0, Sky Activ-G 2.5 dan SkyActiv-D 2.2 dalam pacuan dua roda (FWD) atau empat roda (4WD). Berikut perubahan Mazda CX-5 versi Jepun:

Semua varian

  • Warna baharu Platinum Quartz Metallic.

Mazda CX-5 Exclusive Mode

  • Corak gril bentuk vertikal (berbanding melintang pada varian lain) dalam warna gunmetal.
  • Kemasan perak pada bampar.
  • Gerbang roda sama warna badan.
  • Rim aluminium 19 inci warna kilauan perak gelap.
  • Corak sarang lebah perak pada panel instrumen dan pintu.
  • Sulaman kelabu lembut pada kerusi, konsol tengah, perehat tangan dan pad lutut.

Mazda CX-5 Sports Appearance

  • Corak gril vertikal warna hitam kilat.
  • Kerusi pemandu dan penumpang dengan fungsi ventilasi.

Mazda CX-5 Field Journey

  • Corak gril horizontal.
  • Paip dan sulaman kerusi kelabu lembut.
  • Kulit sintetik dengan lelubang pada permukan kerusi.
  • Bingkai ventilator penyaman udara krom satin.

Mazda CX-5 Retro Sports Edition (model asas Black Tone Edition)

  • Warna Zircon Sand Metallic.
  • Cermin sisi, rim dan sayap gril hitam.
  • Warna dalaman terracota dan hitam.
  • Sulaman terracota dan fabrik Leganu seakan sued pada tengah kerusi.

Harga

Daripada varian di atas dan juga di Jepun, Mazda CX-5 2.2L diesel XD Exclusive Mode 4WD adalah paling premium dengan harga 4,225,100 yen (RM135,120).

Mazda CX-5 2.0L 20S Retro Sports Edition 2WD pula berharga 3,426,500 yen (RM109,550), manakala model termurah ialah Mazda CX-5 2.0L 20S Smart Edition 2WD yang berharga 2,909,500 yen (RM92,990).

BACA >>>ย Mazda CX-50 (2022) Diperkenal dengan Imej Lebih ‘Rugged’!ย 
BACA >>>ย Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV (2023) Menang Anugerah Inovasi TopGear.com!
BACA >>>ย Sistem KPC Buat Mazda MX-5 Miata (2022) Sedap Layan ‘Corner’!
BACA >>>ย Enjin Rotari Kembali Lagi untuk Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV Berkuasa 168hp, Tork 260Nm

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) mazda Mazda CX-5 Mazda CX-5 (2023) Jepun Mazda CX-5 2023 Roda4 SUV SUV Segmen-C
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.