Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Enjin Rotari Kembali Lagi untuk Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV Berkuasa 168hp, Tork 260Nm
Roda4

Enjin Rotari Kembali Lagi untuk Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV Berkuasa 168hp, Tork 260Nm

Abang HirataBy Abang Hirata27/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CAKAP-cakap mengenai enjin rotari kembali digunakan Mazda sudah lama kedengaran. Model terakhir Mazda dengan enjin rotari ialah Mazda RX-8 yang ditamatkan pengeluaran pada 2012.

Bukan calang-calang, Mazda ada kepakaran lebih 50 tahun dalam membangunkan enjin rotari. Bermula Mazda Cosmo pada 1967, lebih dua juta unit enjin rotari sudah dihasilkan.

BACA >>> Evolusi Mazda RX-7, Legenda Kereta Sport Rotari yang Ditunggu-Tunggu Belum Tiba
BACA >>> Mazda CX-90 (2024) Debut di AS dalam Pilihan Enjin Turbo MHEV, PHEV

Rotor dan perumah dalam enjin Mazda RX-7. Semua bahagian itu menggantikan peranan piston, silinder, injap, rod penyambung dan aci engkol dalam enjin berpiston.

Sedekad selepas ditamatkan, enjin rotariMazda kembali dan menariknya, trenkuasa itu bukan untuk kereta sport, tetapi model hibrid plug-in (PHEV), Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV.

Model terbaharu itu adalah tambahan kepada Mazda MX-30 e-Skyactiv yang sudah berada di pasaran Jepun, termasuk negara kita.

Bagaimanapun, enjin baharu itu tidak berfungsi sebagai pemacu roda, tetapi ditugaskan sebagai generator untuk membekalkan tenaga pada motor elektrik yang memacu roda. Sebenarnya, konsep enjin pembakaran dalaman yang digunakan sebagai generator sudah dipasarkan Nissan secara meluas melalui pelbagai model e-POWER.

Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV

Dijana enjin petrol 830cc dengan rotor tunggal 120mm (radius) dan 76mm (lebar) menghasilkan output kuasa 74hp atau 125kW (170ps/168hp) secara keseluruhan sistem.

Enjin rotari 8C diposisi kemas bersama generator dan motor output tinggi dalam kebuk enjin. Lebar unit rotari kurang daripada 840mm, dan saiz kompak itu membolehkan ia dimuatkan dalam ruang enjin tanpa mengubah suai casis badan.

Dihasilkan aluminium yang 15kg lebih ringan daripada enjin Renesis rotor kembar pada Mazda RX-8, trenkuasa rotari ini menggunakan sistem suntikan bahan api terus (DI) bagi mengurangkan emisi dan penggunaan petrol.

Model ini turut menggunakan sistem resirkulasi gas ekzos (EGR, exhaust gas recirculation) bagi meningkatkan kecekapan pada rev rendah dan ketika kurang beban.

Kombinasi bateri 17.8kW dan isian penuh petrol 50 liter boleh dipandu sejauh 643km. dengan jarak pemanduan elektrik 85km.

Motor elektrik berkuasa 122kW (166ps/164hp), manakala tork hingga 260Nm. Kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu itu juga serasi dengan pengecas arus ulang-alik (AC) atau pengecas arus terus (DC). Pengecasan AC tiga fasa memerlukan tempoh 50 minit, atau 25 minit menggunakan pengecas pantas DC.

Ada tiga mod pandu: Normal, EV dan Charge

Mod Normal

Pemanduan elektrik selagi bateri ada kuasa. Jika kuasa tambahan diperlukan lebih daripada tahap bateri seperti ketika memecut, enjin rotaryi akan aktif mengikut darjah bukaan pedal minyak untuk membekalkan lebih kuasa kepada bateri.

Mod EV

Hanya menggunakan pacuan elektrik hingga bateri kehabisan kuasa. Apabila pedal minyak diinjak kuat seperti ketika memotong, enjin rotar akan diaktifkan dengan hantaran kuasa dihantar supaya dapat memecut setangkas mungkin.

Mod Charge

Generator akan aktif apabila tenaga bateri susut daripada tahap simpanan, atau rizab ditetapkan dan dikekalkan pada tahap tersebut.

Selepas tenaga bateri berada atas tahap ditetapkan, Mazda MX-30 akan berfungsi seperti mod Normal hingga bateri menurun kembali ke tahap ditetapkan. Enjin rotari akan menokok tenaga kepada tahap bateri ditetapkan.

Mazda MX-30 di Britain

Mazda MX-30 kini dibuka untuk tempahan, dan bakal tiba pada musim panas tahun ini (Jun-September).

Varian Prime-Lime, Exclusive-Line, Makoto dan 400 unit edisi terhad Edition R didatangkan dalam warna Jet Black (hitam), dan Maroon Rouge-Black (marun-hitam).

Varian Edition R yang berwarna Maroon Rouge pada pilar tepi sebagai tribut warna bumbung Mazda R360, iaitu kereta penumpang pertama Mazda. Ciri khas varian ini ialah lencana rotari pada ruang kabin dan luaran kereta.

Harga adalah setara Mazda MX-30 elektrik,  bermula £31,250 (RM166,350), manakala varian Edition R berharga £37,950 (RM202,020).

BACA >>> Kit Supercas BBR Mazda MX-5 Ini Mampu Ledakkan Kuasa Hingga 250hp, Harga RM25k!
BACA >>> Sistem KPC Buat Mazda MX-5 Miata (2022) Sedap Layan ‘Corner’!

Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV
Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV Edition R:
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) mazda Mazda MX-30 Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV MX-30 e-Skyactiv MX-30 e-Skyactiv R-EV Roda4 Rotary SUV SUV PHEV wankel
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-60 3.3L MHEV Dilancar di Malaysia, Harga RM252k

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: GWM Haval H7 Hi4 PHEV Kini Debut di Malaysia, Kembar Haval Raptor di China

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.