Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 4]: Apakah Fungsi Sistem Pantau Kenderaan Belakang (RVM)?
Autotainment

Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 4]: Apakah Fungsi Sistem Pantau Kenderaan Belakang (RVM)?

Han OthmanBy Han Othman24/09/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SISTEM Pemantauan Kenderaan Belakang atau Rear Vehicle Monitoring (RVM) menggunakan radar kuasi-miligelombang (quasi-miliwave) yang dipasang pada bampar untuk mengukur jarak kereta belakang atau sebelah. RVM kemudian akan memberi amaran kepada pemandu menerusi bunyi penggera dan lampu amaran sekiranya mengesan bahaya perlanggaran apabila mahu menukar lorong.

Sebagai makluman, radar kuasi-miligelombang 24GHz sememangnya kalis cuaca dan radiasi solar, dan dapat mengesan kenderaan dalam jangkauan kawasan yang lebar. RVM juga mampu mengesan kenderaan yang datang dekat dari belakang semasa memandu laju.

BACA >>> Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 1]: Bagaimanakah Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS) Bekerja?

Malah, RVM yang siap dipasang pada semua model Mazda6 serba baharu mampu beroperasi dengan cekap pada kelajuan serendah 15kmj, sekali gus menjadikan sistem ini sebagai ciri bantuan keselamatan terbaik dalam pelbagai situasi pemanduan sama ada jalan raya biasa atau lebuh raya.

Kini anda dapat memotong kenderaan lebih selamat dan tenang. Namun ingat, pemanduan selamat dan berhemat ialah kunci kepada faktor keselamatan terbaik. 🙂

* RVM mungkin tidak bertindak seperti dijangka disebabkan beberapa faktor seperti cuaca buruk (hujan, salji, kabus, danlain-lain), termasuk kegagalan mengesan beberapa jenis kenderaan tertentu seperti motosikal kecil, kenderaan rendah dan seumpamanya.

BACA >>> Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 2]: Memandu Malam Lebih Tenang dengan Kawalan Suluh-Tinggi (HBC)

BACA >>> Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 3]: Kawalan Jelajah Radar Mazda (MRCC) Kekalkan Jarak Pandu Selamat

BAGAIMANA RVM BEKERJA

rvm-bekerja-mazda-iactivesense

 

ciri keselamatan Mazda mazda Mazda i-ACTIVSENSE Mazda Malaysia Pemantauan Kenderaan Belakang (RVM) Rear Vehicle Monitoring (RVM) teknologi teknologi keselamatan kenderaan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.