Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Maxus T60 – Pesaing Baharu Trak Pikap dengan Ciri Keselamatan Moden, Harga RM99k!
Roda4

Maxus T60 – Pesaing Baharu Trak Pikap dengan Ciri Keselamatan Moden, Harga RM99k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASARAN trak pikap Malaysia dimeriahkan lagi dengan kehadiran model baharu, Maxus T60 yang bakal berentap dengan pesaing sedia ada seperti Toyota Hilux, Mitsubishi Triton, Nissan Navara dan Ford Ranger.

Maxus T60 mendapat penarafan 5-bintang bagi ujian perlanggaran Asean NCAP yang menetapkan penanda aras baharu bagi peringkat keselamatan dalam segmen trak pikap.

CIRI KESELAMATAN PERTAMA DALAM KELAS

Maxus T60 satu-satunya trak pikap yang didatangkan dengan brek cakera ventilasi depan dan belakang bersama Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS). Ciri keselamatan tambahan lain dibekalkan ialah:

  • Program Stabiliti Elektronik (ESP) Bosch
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Sistem Kawalan Traksi  (TCS)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Roll Movement Intervention (RMI)
  • Kawalan Daki Bukit (HAC)
  • Kawalan Turun Bukit (HDC)
  • Beg udara depan dan sisi
  • Sensor parkir belakang
  • Kamera undur
  • ISOFIX
  • Bantuan Titik Buta (BSA) yang aktif pada kelajuan 30kmj

TRENKUASA 2.8L

Dikuasakan enjin patuh Euro4 2.8L DOHC VGT Turbo dengan output 150hp @ 3,400rpm dan tork 360Nm @ 1,600-2,800rpm dengan transmisi automatik PUNCH 6-kelajuan. Trak pikap ini mampu memberikan penjimatan bahan api 9.2 liter per 100km dengan saiz tangki minyak 75 liter bersama berat muatan 815kg dan keupayaan menunda 3,000kg.

Maxus T60 dipadankan Sistem Pacuan Empat Roda Kawalan Elektronik BorgWarner yang membolehkan tukaran pacuan 2H, 4H dan 4L dibuat tanpa perlu berhenti. Ada tiga mod pemanduan ditawarkan, iaitu Eco, Normal dan Power.

Eco menawarkan penjimatan 2 peratus penggunaan bahan bakar kepada pengguna berbanding tetapan  Normal, sementara Power menawarkan peningkatan prestasi 5 peratus yang sangat berguna ketika pemanduan off road dan ketika membawa muatan berat.

Trak pikap ini juga dilengkapi kunci diferensial mekanikal terbaik dunia yang dihasilkan syarikat Amerika Syarikat (AS), Eaton.

CIRI LUAR DAN KABIN

Lampu depan Maxus T60 dilaras secara automatik mengikut keadaan jalan dan arah pusingan stereng. Lampu berkenaan juga dilengkapi ciri follow-me-home dan lampu siang (DRL) serta sensor automatik.

Maxus T60 juga satu-satunya model trak pikap yang dilengkapi kerusi elektrik boleh laras 6-tetapan untuk pemandu dan 4-tetapan untuk penumpang depan. Kerusi belakang juga boleh dilaras dan dilipat ke depan dan belakang untuk simpanan tambahan. Ada 21 ruangan simpanan dalam kabin, manakala luas ruang kargo ialah 1,188 liter.

Selain itu, tersedia stereng multifungsi dengan punat kawalan audio dan Kawalan Jelajah dengan unit infotainment skrin sentuh definisi tinggi (HD) 10-inci dengan konektiviti Android dan Apple CarPlay. TRak pikap ini juga disaur penebat kaca hijau untuk melindungi kenderaan daripada sinaran ultraungu.

Varian standard dilengkapkan fungsi tekan-mula (push-start), penyaman udara automatik, rak bagasi aluminium, sangkar oleng (roll cage) keluli tahan karat, pemijak sisi, hendal pintu krom, cermin sisi boleh lipat elektrik dengan kemasan krom dan lampu kabus. Bahagian roda dipasangkan rim aloi 19 inci yang dibalut tayar Continental 255/55R.

HARGA

Maxus T60 dijual pada harga RM99,888, dengan selang penyenggaraan 15,000km dan waranti 5 tahun atau 130,000km, serta pakej servis percuma 65,000km, termasuk alat ganti, minyak pelincir, caj buruh dan bantuan jalanan 24 jam.

BACA >>> #PanduUji: 7 Sebab Kenapa Mitsubishi Triton Antara Trak Pikap Terbaik di Pasaran!
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota Hilux Digelar ‘Raja Trak Pikap’?
BACA >>> Ford Cipta Tayar Boleh Tinggalkan Mesej Kecemasan Atas Pasir!

Auto Terkini Maxus Maxus T60 Roda4 Trak pikap Westar Maxus
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.