Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mat Rempit Jatuh Motor Sebab Gelabah Jumpa Polis
Auto Terkini

Mat Rempit Jatuh Motor Sebab Gelabah Jumpa Polis

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG daripada dua remaja terbabas dan mengalami kecederaan ketika cuba melarikan diri daripada polis sebelum masing-masing ditahan polis dalam operasi Ops Samseng Jalanan di Jalan Kota Belud – Kudat sekitar jam 2.30 pagi, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata, sekumpulan penunggang motosikal dikesan sedang berlumba di jalan raya dan sebaik saja sedar kehadiran polis, semua suspek berpecah dan melarikan diri dengan memecut laju tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain.

BACA >>> #Videotomotif: Baru 16 Tahun Sudah Jadi Joki Drag Pro, dan Masih Merempit Jalanan

“Polis menahan dua suspek dengan motosikal masing-masing di Kampung Sembirai apabila salah seorang terbabas dan mengalami cedera ringan siku kanan dan pergelangan kaki kanan,” kata Zaidi dipetik HMetro.

Polis turut merampas motosikal jenis Yamaha 125ZR dan Honda EX5 milik dua remaja itu yang juga tiada lesen memandu sah. Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud dan ditahan reman empat hari.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

BACA >>> Padah Maki Polis, Suspek Bakal Kena Denda RM500 atau Penjara 6 Bulan

SUMBER: HMetro

Auto Terkini Honda EX5 Mohd Zaidi Abdullah Ops Samseng Jalanan padah lari roadblock Yamaha 125ZR
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.