Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mat Motor Vietnam Mengadu Asap Ekzos Honda Winner X ‘Tembak’ Muka Orang Belakang
Auto Terkini

Mat Motor Vietnam Mengadu Asap Ekzos Honda Winner X ‘Tembak’ Muka Orang Belakang

AryonBy Aryon28/10/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAGI kontroversi mengenai Honda Winner X di Vietnam. Jika sebelum ini fairing supermoped itu dikatakan mudah patah, tetapi kali ini ramai mengadu posisi ekzos terlalu mendongak hingga menyebabkan asap dikeluarkan terkena muka pengguna belakang, terutama penunggang motosikal.

Aduan itu dibuat salah seorang penunggang motosikal, Nhat Minh kepada portal berita Vietnam, ZingNews yang mendakwa beberapa kali mengalami insiden sama.

BACA >>> Honda RS150R (2020) Facelift yang Lebih Sporty Rasmi Dilancarkan, Harga Mula RM8.2k

Camo Version
Camo Version

Menurutnya, setiap minggu pasti 3-4 kali dia berdepan masalah tersebut ketika menunggang dalam trafik sesak. Walaupun sudah memakai pelitup muka dan cermin mata, dia masih dapat rasa ‘tembakan’ ekzos Winner X menerpa mukanya.

Dia yang sudah beberapa tahun bekerja sebagai penunggang teksi motosikal di Vietnam  mengaku tidak selesa dengan situasi tersebut, lebih-lebih lagi jika menimpa pengguna wanita dan warga tua.

Sebelum Winner X, tiada model klac tangan di Vietnam yang mengalami masalah ekzos seperti diperkatakan. Malah motosikal berekzos tinggi seperti Suzuki Xi Po (Malaysia: RG Sport) juga tidak menghembuskan asap seteruk itu.

Seorang rakannya, juga pemilik Winner X, turut mengakui masalah berkenaan selepas ditegur hingga membuatkan dia mematikan enjin setiap kali berhenti di lampu isyarat supaya tidak dimarahi penunggang motosikal di belakang.

BACA >>> Jawapan BSH: Kenapa Honda Winner X Tak Masuk Malaysia?

Masalah tersebut turut dibincangkan sesama pemilik Winner X dalam forum model itu, dan antara penyelesaian dilakukan ialah mengimpal paip kecil jenis bengkok supaya asap ekzos dapat dihalakan ke bawah.

Walaupun idea itu kreatif, tetapi menurut Nhat, Honda sepatutnya tidak memandang ringan isu berkenaan dan meminta penambahbaikan dibuat.

BACA >>> Honda Vietnam Lancar Winner X Facelift dengan Skema Warna Baharu, Harga RM8.2k

SUMBER: Zingnews.vn

Auto Terkini Ekzos Honda Winner X Honda Motor Vietnam Honda RS150R Honda Winner X Kapcai Komplen roda2 Supermoped
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026

    1 Comment

    1. Jan on 30/10/2020 14:28

      baru betul makan asap 😀

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.