Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Mash Desert Force 400 – Cruiser Gaya Motor Perang AS Era 1950-an
Roda2

Mash Desert Force 400 – Cruiser Gaya Motor Perang AS Era 1950-an

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/05/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASH MOTORS dari Perancis memperkenalkan Desert Force 400, cruiser 400cc yang berkonsepkan motosikal perang Amerika Syarikat (AS) era 1950-60-an.

Tidak ramai pengeluar motosikal berani tampil dengan motosikal konsep perang dan mungkin ini jadi kelebihan buat Mash Motors. Ini kerana model motosikal perang yang masih ‘bernyawa’ di pasaran sudah pun lanjut usia, berharga tinggi dan sukar mendapatkan alat ganti. Itu belum termasuk kos penyelenggaraan tinggi dan penjagaan rapi.

Desert Force 400 dengan dua pelana mendapat skema warna Desert Storm (kuning air) dengan kontras hitam. Ada beberapa ciri model ini yang mewarisi gaya motosikal lama.

BACA >>> Perang Segmen Sportbike 150cc di Indonesia, Honda CB150R Streetfire Paling Laris!
BACA >>> Peugeot Metropolis 120th Anniversary Custom, Motor Gaya Klasik Era Perang Mahu Dilelong

Antaranya panel badan, pelana rendah yang disokong spring, gril lampu depan, paip ekzos kembar, nombor plat atas fender, rim jejari, tong minyak 10 liter (jerry can) di sebelah kiri dan beg kanvas  di sebelah kanan motosikal. Cuma 103 unit dihasilkan yang setiap satu dipacukan enjin silinder tunggal 397cc berkuasa 27hp dan 30Nm tork.

Atas tangki minyak 13 liter ditambah dengan satu beg kulit kecil untuk menyimpan barang. Motosikal ini turut dilengkapi beberapa ciri moden seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), instrumen meter digital dan rekabentuk enjin moden.

Desert Force 400 dijual pada harga  €4,995 (RM23,310), lebih mahal €1,000 (RM4,670) berbanding varian Mash Motors lain dalam segmen 400cc. Motosikal ini mungkin jadi lebih menarik jika dipasangkan kabin sisi (side car). Tiada penjelasan diberikan kenapa Mash Motors memilih tema motor perang AS, dan bukan Perancis atau China.

BACA >>> Suzuki GSX-250R Buat Kejutan Di China – Perang Jentera 250cc Kini Bermula!

GALERI

SUMBER: RideApart | RushLane

Mash Desert Force 400 Mash Motors motor perang motosikal perang Pengeluar Perancis roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4
    Sukan Permotoran

    Qabil Irfan Raih 13 Mata di Barcelona, Azam Lebih Agresif di Portugal

    26/05/2026

    1 Comment

    1. PIEDIUHHH on 11/05/2020 13:13

      Admin.. up lah pasal Mash Falcone 125… acah scrambler duakati gitewww…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.