Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki GSX-250R Buat Kejutan Di China – Perang Jentera 250cc Kini Bermula!
Roda2

Suzuki GSX-250R Buat Kejutan Di China – Perang Jentera 250cc Kini Bermula!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/10/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Suzuki GSX-250RSUZUKI secara rasmi menyertai perang jentera 250cc supersport apabila memperkenalkan model Suzuki GSX-250R di China di pameran CIMAMOTOR 2016.

Penampilan Suzuki GSX-250R masih meneruskan legasi Suzuki GSX termasuk lampu hadapan ikonik dan rekaan intake udara di bahagian tepi. Bahagian belakang yang tirus dan kompak menyerlahkan identiti model GSX.

Lampu hadapan masih menggunakan pemegang lampu H4 dan mentol 55/60W. Manakala lampu belakang berasaskan kepada rekaan GSX dengan ciri LED.

Suzuki GSX-250R2 VARIAN

Buat masa ini, info yang kami terima agak terhad memandangkan kesemua artikel disiarkan adalah berbahasa cina. Bagaimanapun untuk pasaran China,  Suzuki GSX-250R menerima dua varian iaitu tanpa ABS dan model ABS yang memiliki perbezaan harga dijangka kira-kira 2000 yuan.

Suzuki GSX-250RENJIN 250CC

Suzuki GSX-250R dipadankan dengan enjin 250cc DOHC yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 25hp pada 8,000rpm dan tork puncak 23.4Nm (6,500rpm). Enjin GSX 250R memiliki lejang yang panjang bagi meningkatkan prestasi kelajuan.

Malah berdasarkan data yang didedahkan, tinggi pelana 790mm memudahkan pengendalian terutamanya bagi penunggang wanita.

Panel LCD juga kelihatan lebih menarik dengan pelbagai informasi antaranya speedometer, perbatuan, memori, kecekapan bahan api, indikator gear dan pelbagai lagi.

Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R

PESAING

Yang pasti, kehadiran Suzuki GSX-250R bakal memberi saingan hebat buat model Yamaha R25, Ninja 250R dan Honda CBR250RR

BACA>>> 10 Motosikal Legenda Suzuki di Malaysia dalam Kenangan

suzuki-gsx-250r_pandulaju-20MASUK MALAYSIA?

Persoalan utama, adakah Suzuki GSX-250R bakal memasuki pasaran Malaysia? Berdasarkan pada situasi yang dihadapi Suzuki Assemblers Malaysia (SAM) sekarang, rasanya agak sukar untuk jentera ini masuk Malaysia.

Tetapi jika benar ia masuk pasaran Malaysia, kami yakin jentera ini bakal memberi saingan hebat buat pesaing yang lain.

SPESIFIKASI

SUZUKI GSX 250 R

ENJIN 4-lejang, DOHC
SESARAN 248cc
TRANSMISI 6-kelajuan
GEREK × LEJANG 53.5×55.2mm
NISBAH MAMPATAN 11.5: 1
KUASA MAX 25hp @ 8,000rpm
TORK MAX 23.4Nm @ 6,500rpm
DIMENSI (Px L x T) 2085 x 740 x 1110 mm
JARAK RODA 1430mm
BERAT 178kg
TINGGI 790mm
KAPASITI TANGKI 15L
BREK DEPAN 290mm cakera tunggal Nissin kaliper piston berkembar
BREK BELAKANG 240mm cakera tunggal Nissin kaliper piston tunggal
TAYAR DEPAN 110 / 80-17
TAYAR BELAKANG 140 / 70-17

GALERI

Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Suzuki GSX-250R
Honda CBR250RR ninja 250r SAM Suzuki Assemblers Malaysia Suzuki GSX-250R Suzuki Malaysia Yamaha R25
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.