• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Perang Segmen Sportbike 150cc di Indonesia, Honda CB150R Streetfire Paling Laris!

Perang Segmen Sportbike 150cc di Indonesia, Honda CB150R Streetfire Paling Laris!

January 4, 2018 By AI Leave a Comment

602
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASARAN motosikal di Indonesia cukup luas dan tidak hairanlah jika ke negara jiran itu kita dapat melihat pelbagai jenis model dua roda daripada bersesaran kecil hingga besar berkeliaran di setiap pelusuk jalan.

Berdasarkan data dikeluarkan Asosiasi Industri Sepeda Motor Indonesia (AISI), pasaran motosikal di republik itu mengalami penurunan pada November tahun lalu membabitkan semua pengeluar di sana. Jumlah keseluruhan jualan motosikal di Indonesia setakat November 2017 ialah 550,303 unit, menurun 29,249 unit berbanding Oktober 2017.

Malah, pasaran sportbike 150cc hingga 250cc juga menurun. Honda CBR250RR terjual 350 unit pada Oktober, menurun kepada 342 unit (November). Namun, Yamaha R25 meningkat  11 unit menjadi 157 unit pada November 2017.

SAINGAN SENGIT SPORTBIKE 150CC

Jualan Honda CBR150R turut menurun sebanyak 1, 111 unit menjadi 4,942 unit sepanjang November. Sama seperti CBR, Yamaha Vixion serba baharu juga mencatatkan penurunan daripada 5,530 unit pada Oktober kepada 2,375 unit (November).

Segmen sportbike di Indonesia mempunyai ramai pengikut, terutama 150cc kerana kategori itu masih berada dalam jangkauan pemilikan kebanyakan penunggang di sana dari segi harga, praktikaliti tunggangan dan gaya sporty. Hampir semua pengeluar motosikal menawarkan produk sportbike. Kali ini Honda muncul mendahului segmen tersebut.

5 SPORTBIKE 150cc PALING LARIS SETAKAT NOVEMBER 2017:

1. HONDA CB150R STREETFIRE


JUALAN:  100,986 unit
Enjin: DOHC , 4-lejang
Sesaran: 149.16cc
Kuasa Maksimum: 16.6hp @ 9,000rpm
Tork Maksimum: 13.8Nm @ 7,000rpm
Transmisi: 6-kelajuan

2. YAMAHA V-IXION


JUALAN: 78,421 unit
Enjin: SOHC 4-lejang
Sesaran: 149.8cc
Kuasa Maksimum: 16.3hp @ 8,500rpm
Tork Maksimum: 14.5Nm @ 7,500rpm
Transmisi: 5-kelajuan

3. HONDA CBR150R


JUALAN: 68,557 unit
Enjin:  DOHC, 4-lejang
Sesaran: 149.16cc
Kuasa Maksimum: 16.8hp @ 9,000rpm
Tork Maksimum: 14.4Nm @ 7,000rpm
Transmisi: 6-kelajuan

4. HONDA VERZA 150


JUALAN: 48,123 unit
Enjin:  SOHC, 4-lejang
Sesaran: 149,2cc
Kuasa Maksimum: 13hp @ 8,500rpm
Tork Maksimum: 12.7Nm @ 6,000rpm
Transmisi: 5-kelajuan

5. YAMAHA R15 V3


JUALAN: 36,054 unit
Enjin: SOHC, 4-lejang
Sesaran: 155.1cc
Kuasa Maksimum: 19hp @ 10,000rpm
Tork Maksimum: 14.7Nm @ 8,500rpm
Transmisi: 6-kelajuan


Melihat kepada rekod di atas, di manakah kedudukan Suzuki GSX-150R, yang dinobatkan sebagai motosikal terbaik Indonesia 2017? Sayang sekali model tersebut tidak berjaya menduduki carta top-5.

Artikel Berkaitan

602
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Honda, Roda2 Tagged With: 150cc, Asosiasi Industri Sepeda Motor Indonesia (AISI), Boon Siew Honda, Honda, Honda CB150R Street Fire, Hong Leong Yamaha Malaysia, Indonesia, motosikal, roda2, segmen 150cc, sport bike, sportbike, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • WMoto Xtreme 150i (2021) - Skuter Advencer Moden, Ada Fork USD, Harga Bawah RM10k!
    WMoto Xtreme 150i (2021) - Skuter Advencer Moden, Ada Fork USD, Harga Bawah RM10k!
  • #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
    #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
  • Lagi Kes Tesla Terbakar, Dua Maut dalam Kereta Tanpa Orang di Kerusi Pemandu
    Lagi Kes Tesla Terbakar, Dua Maut dalam Kereta Tanpa Orang di Kerusi Pemandu
  • Marquez: "Kalau Aku Tunggang Macam Dulu, Memang Tahan 3 Lap Je"
    Marquez: "Kalau Aku Tunggang Macam Dulu, Memang Tahan 3 Lap Je"

PANDU UJI

#PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

APA rasa memandu sebuah Perodua Ativa (2021)? Bagi saya, memang … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my