Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marquez Muncul di Jerez, Disahkan Cergas dan Boleh Berlumba Hujung Minggu Ini!
Auto Terkini

Marquez Muncul di Jerez, Disahkan Cergas dan Boleh Berlumba Hujung Minggu Ini!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASUKAN Repsol Honda menyatakan Marc Marquez akan cuba memastikan kemunculan pada aksi MotoGP hujung minggu ini selepas empat hari mengalami kecederaan pada bahagian humerus.

Juara dunia lapan kali itu baru saja menjalani pembedahan Selasa lalu dan Pakar Traumatologi MotoGP, Dr Mir berkata, Marquez hanya boleh berlumba dalam tempoh dua minggu iaitu pada pusingan di Brno.

Namun itu hanya ramalan doktor kerana Marquez ketika ini sudah pun terbang ke Jerez untuk menjalani pemeriksaan pada jam 1.30 petang tadi dengan harapan lulus ujian kecergasan pasukan perubatan MotoGP supaya dapat menyertai perlumbaan hujung minggu ini di litar Gran Premio Red Bull de Andalucia.

Fit to ride ✅ pic.twitter.com/vOIvlCFkYF

— Repsol Honda Team (@HRC_MotoGP) July 23, 2020

Marquez juga dilihat berjalan tanpa kain penyokong pada lengan kanannya, dan membonceng skuter ditunggang Emilio Alzamora untuk pergi melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Jerez. Malah, ciapan Twitter Repsol Honda Team menunjukkan kapsyen ‘Fit To Ride’ dengan gambar Marquez menunjukkan tanda bagus.

Selain Marquez, dua pelumba lain, Alex Rins dan Cal Crutchlow turut diberi kelulusan kembali berlumba. Operasi pembedahan tangan kanan Marquez berjalan sukses dan Dr Mir mengesahkan tiada saraf radial yang rosak seperti apa dikhuatirkan sebelum dibedah.

BACA>>>Marquez Selamat Dibedah, Tiada Saraf Cedera, Akan Kembali Lumba Secepat Mungkin

MAHU KEMBALI AWAL

Pada Rabu lalu, Marquez dibenarkan keluar untuk menjalani proses penyembuhan di rumah. Bagaimanapun, pelumba 27 tahun itu berkeras mahu kembali awal dan berharap dapat menunggang RC213V hari ini (Jumaat). Beliau semestinya tidak mahu kehilangan mata selain cuba mempertahankan gelaran juara bertahan.

Pengurus Repsol Honda, Alberto Puig berkata, beliau tidak menyangka dapat melihat Marquez di Jerez kerana ketika kemalangan berlaku pasukan sangat bimbang dan kini segalanya  berjalan lancar. Malah, selepas pembedahan Marquez rasa semakin baik dan tidak terlalu sakit serta boleh menggerakkan tangan.

After a successful operation on Tuesday, @MarcMarquez93 is heading back to Jerez.

— Repsol Honda Team (@HRC_MotoGP) July 23, 2020

Puig berkata;

Rancangan awal Honda adalah membatalkan perlumbaan tetapi  apa yang kami lihat dan Marc (Marquez) harapkan, doktor cakap dia cergas dan boleh menunggang Sabtu ini. Namun, bergantung kepada dia sendiri sama ada hendak berlumba atau tak. Kami minta dia cuba dulu Sabtu ni dan selepas itu buat keputusan sama ada sanggup atau tak untuk jarak yang panjang.

“Jika terlalu berisiko, Marc faham kami akan batalkan perlumbaan. Penting bagi Honda menghormati keinginan pelumba dan segalanya ditentukan Sabtu ini. Kami takkan desak pelumba, kalau mereka 100 peratus cergas kita akan desak, tapi kalau sebaliknya macam sekarang, kami akan undur selangkah ke belakang.”

BACA >>> Marquez: Aku Ride Nak Seronok, Bukan Bahayakan Diri di Isle of Man TT

SUMBER: MotoGP

2020 MotoGP apakah MotoGP Honda Kejuaraan MotoGP Marc Marquez Marc Marquez Dibedah MotoGP 2020 Pasukan Repsol Honda roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.