Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marquez Lagi! Juara GP Republik Czech Buatkan Ducati Dovi Nampak Tak Cukup Laju
Auto Terkini

Marquez Lagi! Juara GP Republik Czech Buatkan Ducati Dovi Nampak Tak Cukup Laju

AryonBy Aryon05/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADINDA dan juga alien MotoGP, Marc Marquez semakin hampir merangkul kejuaraan dunia keenam apabila memenangi GP Repubilik Czech di Litar Brno, semalam dengan meninggalkan pesaing utamanya, Andrea Dovizioso (Mission Winnow Ducati) lebih dua saat di belakang.

Apa yang mengagumkan, daripada enam kedudukan grid utama, Marquez memenangi enam kemenangan dengan meninggalkan jauh pesaing lain dengan jurang masa yang agak ketara jauh. Malah, Brno yang dikatakan antara trek kegemaran Ducati turut tidak mampu memberikan apa-apa kelebihan kepada pelumba-pelumba pasukan itu.

Ada beberapa aksi menunjukkan Dovizioso dan Alex Rins (Suzuki Ecstar) berada dalam posisi terbaik untuk mencabar Marquez dalam 10 pusingan pertama. Namun, pelumba Repsol Honda itu dengan tenang meninggalkan kedua-dua lawannya itu seakan sengaja melambatkan tempo kelajuannya.

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Caranya Pelumba MotoGP Berbincang dengan Mekanik Sendiri

GP19 TIDAK CUKUP LAJU?

Malah jentera GP19 Dovizioso didapati tiada kelajuan yang cukup untuk mengalahkan, apatah menyaingi RC213V ditunggang Marquez. Kemenangan di Republik Czech ini juga memberikannya 63 mata di depan Dovizioso, satu-satunya pencabar yang dikatakan mampu menyekat hasrat awal adinda menjadi juaran MotoGP 2019.

Masalah klac pula menyebabkan Rins tergelincir dari kedudukan ketiga kepada Jack Miller (Pramac Ducati). Pelumba MotoGP bermuka paling bengis, Cal Crutchlow (LCR Honda) pula menunjukkan kebangkitan mengagumkan dengan melonjak dari kedudukan ke-11 ke kedudukan ke-5.

Kekanda disayangi, Valentino Rossi menghabiskan saingan di kedudukan ke-6, yang juga pelumba Yamaha paling pantas di Brno. Melengkapkan senarai 10 teratas ialah,  Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT), Danilo Petrucci (Mission Winnow Ducati), Takaaki Nakagami (LCR Honda) dan Maverick Vinales.

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Cara Marc Marquez Berlatih Sepanjang Musim Panas Ini

ZARCO – HERO TO ZERO

Kalau ada zero to hero, Johann Zarco pula melakukan aksi hero to zero. Dia yang melakukan aksi membanggakan pada ujian kelayakan entah kenapa boleh menamatkan saingan di tempat ke-14, masih kekal di belakang Pol Espargaro selaku pelumba Red Bull KTM Factory terpantas.

Pelumba negara Hafizh Syahrin, gagal menamatkan saingan, manakala rakan pasukannya, Miguel Oliveira tamat satu tangga di atas Zarco.  Namun, Hafizh tidak keseorangan kerana Joan Mir (Suzuki Ecstar) dan Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT) juga tidak dapat menyelesaikan perlumbaan.

BACA >>> Tiada Tempat untuk Hafizh, KTM Tech3 Rekrut Brad Binder ke MotoGP 2020

KEPUTUSAN PERLUMBAAN

MOTOGP REPUBLIK CZECH 2019

  1. Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) 39m 24.43s
  2. Andrea Dovizioso ITA Mission Winnow Ducati (GP19) +2.452s
  3. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP19) +3.497s
  4. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +4.858s
  5. Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) +6.007s
  6. Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +9.083s
  7. Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1)* +12.092s
  8. Danilo Petrucci ITA Mission Winnow Ducati (GP19) +13.976s
  9. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +15.724s
  10. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) +16.558s
  11. Pol Espargaro SPA Red Bull KTM Factory (RC16) +18.234s
  12. Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP18)* +19.738s
  13. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)* +22.539s
  14. Johann Zarco FRA Red Bull KTM Factory (RC16) +30.459s
  15. Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V) +30.500s
  16. Tito Rabat SPA Reale Avintia Ducati (GP18) +30.755s
  17. Andrea Iannone ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP) +37.170s
  18. Aleix Espargaro SPA Factory Aprilia Gresini (RS-GP) +37.343s
  19. Karel Abraham CZE Reale Avintia Ducati (GP18) +44.296s
  20. Sylvain Guintoli FRA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +48.938s
  • Hafizh Syahrin MAL Red Bull KTM Tech3 (RC16) DNF
  • Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) DNF
  • Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)* DNF

* Rookie

Masa Latihan Terpantas:
Fabio Quartararo FRA Yamaha 1m 55.802s (FP2)

Rekod Rasmi MotoGP Brno

Lap Terbaik:
Marc Marquez SPA Honda1m 54.596s (2016)
Lap Perlumbaan Terpantas:
Dani Pedrosa SPA Honda 1m 56.027s (2014)

KREDIT FOTO: MotoGP

Auto Terkini Brno GP Brno GP Republik Czech Hafizh Syahrin Juara GP Republik Czech 2019 Marc Marquez MM93 MotoGP 2019 Republik Czech Valentino Rossi
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.