• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Tempat untuk Hafizh, KTM Tech3 Rekrut Brad Binder ke MotoGP 2020

Tiada Tempat untuk Hafizh, KTM Tech3 Rekrut Brad Binder ke MotoGP 2020

July 11, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


STATUS Hafizh Syahrin sebagai pelumba pasukan Red Bull KTM Tech3 disahkan berakhir hujung musim ini selepas pasukan satelit KTM itu mengumumkan Brad Binder sebagai calon baharu menggantikannya.

Ini bermakna Binder akan menjadi pelumba kedua di belakang Miguel Oliveira yang masuk tahun kedua beraksi dalam saingan MotoGP musim depan.

Binder ialah juara dunia Moto3 2016 dan kini berlumba untuk pasukan pengilang KTM Moto2, manakala Oliveira pernah menjadi rakan sepasukannya ketika beraksi dalam Moto2 2017 dan 2018. Debut ke MotoGP bolehlah dianggap sebagai hadiah graduasi buat Binder daripaa KTM.

BACA >>> KTM Tawar Lanjutkan Kontrak Oliveira hingga 2020, Hafizh Kekal Semusim Sahaja

Binder kini menduduki posisi ke-8 dalam kejuaraan Moto2 dan juga satu-satunya pelumba KTM dalam ranking 15 pelumba teratas. Dia juga akan menjadi pelumba Afrika Selatan pertama yang bersaing dalam kelas premier Grand Prix sejak 2000 selepas sebelum ini menjadi rakyat Afrika Selatan pertama merangkul kejuaraan Moto3, iaitu pada 2016.

BACA >>> Zarco Mengaku Penat Bawa KTM, Semuanya Rasa Payah

HAFIZH KE MOTO2?

Nasib Hafizh kini masih kabur kerana belum ada sebarang petanda dia dilamar mana-mana pasukan MotoGP. Pasukan Malaysia, Petronas Yamaha SRT kemungkinan besar tidak akan menawarkan kontrak berdasarkan prestasi memberangsangkan ditunjukkan duo pelumba, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli, setakat ini.

Ada juga desas-desus tersebar tentang hasrat Suzuki mahu menubuhkan pasukan satelit MotoGP, dan Hafizh berada dalam radar pelumba pasukan itu, tetapi berita itu kekal sebagai spekulasi sahaja. Malah Suzuki sendiri menafikan akan menubuhkan pasukan satelit dalam masa terdekat. Paling awal pun ialah musim 2021.

BACA >>> Hafizh Syahrin ke Pasukan Satelit Suzuki?

Jadi, spekulasi yang tinggal kini ialah Hafizh dijangka kembali semula ke trek Moto2 dan tidak mustahil menjadi pelumba Tech3 atau Petronas untuk kejuaraan kelas kedua itu.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bo55ku, Brad Binder, Hafizh Syahrin, Kontrak Hafizh Syahrin Tamat, KTM, Moto2, MotoGP 2019, pescao, Red Bull KTM Tech3, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my