• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Zarco Mengaku Penat Bawa KTM, Semuanya Rasa Payah

Zarco Mengaku Penat Bawa KTM, Semuanya Rasa Payah

April 11, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


PELUMBA Red Bull KTM Factory, Johann Zarco gagal mendapat keputusan memberangsangkan dalam aksi awal MotoGP 2019 dengan hanya mampu menamatkan saingan di kedudukan ke-15 dalam dua pusingan pertama di GP Qatar dan GP Argentina.

Zarco kini terperosok di tempat ke-19 daripada 23 pelumba dalam ranking keseluruhan, juga pencapaian terburuknya sepanjang beraksi dalam saingan kelas premier.

Sedar dengan prestasi teruk ditunjukkan, Zarco mengakui mengalami kesukaran mengawal jentera KTM RC16 yang memerlukan dia menggunakan banyak stamina sepanjang berlumba.

“Aku hampir bergelut sepanjang perlumbaan, malah sejak awal. Aku macam bertarung menentang motor sendiri dan kemudian aku penat. Kesukaran dirasakan ketika memecut laju, sukar membelok dan payah untuk berhenti. Segalanya sangat rumit," katanya.

BACA >>> Bos KTM Tech3: "Hafizh Kena Lupakan Apa Dia Buat Musim Lalu"

SERBA TIDAK MENJADI

johann-zarco-red-bull-ktm-factory-1
johann-zarco-red-bull-ktm-factory-2
johann-zarco-red-bull-ktm-factory-3

Zarco ialah bekas pasukan satelit Monster Yamaha Tech3, yang juga rakan  sepasukan kepada pelumba negara, Hafizh Syahrin. Kedua-dua pelumba menunjukkan aksi hebat ketika bersama pasukan satelit Yamaha lalu dengan Zarco menjejak kaki tiga kali di podium dan menamatkan saingan keseluruhan di kedudukan ke-6.

Hafizh pula menutup aksi debut sebagai rookie MotoGP di kedudukan ke-16 dan hampir saja meraih gelaran rookie terbaik dengan dibezakan 4 mata sahaja.

BACA >>> Bos KTM: RC16 Akan Kekal dengan Casis Trellis dan Suspensi WP!

Namun, kedua-dua pelumba tersebut memilih berhijrah ke pasukan KTM, dengan Zarco direkrut sebagai pelumba baharu pasukan pengilang KTM, manakala Hafizh bersama bos lamanya untuk pasukan satelit baharu, Red Bull KTM Tech3. Walaupun, segalanya nampak sukar buat dua pelumba itu, tetapi masing-masing kekal positif dan komited untuk menyesuaikan diri dengan jentera KTM RC16.

“Aku kena terima. Ia sangat sukar kerana aku tamatkan perlumbaan dengan kepenatan. Tetapi aku mesti belajar,” kata Zarco optimis.

SUMBER: Motorsport.com

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Hafizh Syahrin, Johann Zarco, KTM, KTM RC16, MotoGP 2019, Red Bull KTM Factory, Red Bull KTM Tech3, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
    Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia
    FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my