Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marquez Cedera Lagi, Tarik Diri GP Portugal
Auto Terkini

Marquez Cedera Lagi, Tarik Diri GP Portugal

WahidBy Wahid04/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MARC Marquez disahkan tidak akan mengambil bahagian dalam pusingan GP Algarve di litar Portimao, Portugal hujung minggu ini akibat kecederaan gegaran otak dialaminya dalam kemalangan ketika berlatih motocross.

Penarikan diri itu menghalang usaha juara dunia lapan kali itu meraih kemenangan tiga kali berturut-turut sejak GP Amerika dan GP Itali.

Marquez yang sering mendominasi kelas premier MotoGP masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan akibat terjatuh dan patah lengan di Jerez, tahun lalu. Pelumba Sepanyol itu juga tidak mengambil bahagian dalam beberapa pusing awal musim ini, dan beberapa kali terjatuh kerana lengan kanannya masih belum cukup kuat.

BACA >>> #MotoGP2020: Quartararo Menang Aksi Pasca Covid-19, Marquez Patah Tangan
BACA >>> Puig: Plat Tangan Marquez Patah Ketika Buka Tingkap, Bukan Berlumba

Namun, Marquez masih mampu membuktikan kehebatannya dengan memenangi tiga perlumbaan setakat musim ini, termasuk di Jerman selain dua pusingan disebutkan tadi.

Dia kini berada di ranking keenam keseluruhan dengan memungut 142 mata, dan pastinya berharap untuk menduduki tempat ketiga atau keempat keseluruhan sebelum musim MotoGP 2021 menutup tirai. Perlumbaan cuma berbaki dua pusingan saja lagi yang menawarkan 50 mata maksimum untuk diburu.

Marquez ialah juara dunia lapan kali dan dua daripada kejuaraan itu dimenangi dalam kelas 125cc (2010) dan Moto2 (2012).

BACA >>> Marquez Tunai Janji Makan Donat Atas Podium Selepas Menang GP Amerika
BACA >>> Fabrizio: Rossi Betul, Ramai Pelumba Muda Tiru Cara Lumba Marquez yang Bahaya

Auto Terkini Baby Alien Kejuaraan Dunia MotoGP Marc Marquez MM93 MotoGP 2021 sukan permotoran
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Honda Forza 720 2027 EU
    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    29/07/2026
    TGR Vios Gold Championship 2026
    Sukan Permotoran

    Menjelang Penentuan Akhir, Toyota Vios Gold Championship 2026 Makin Sengit

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Forza 720 2027 EU
    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    By Abang Hirata29/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.