• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez Tunai Janji Makan Donat Atas Podium Selepas Menang GP Amerika

Marquez Tunai Janji Makan Donat Atas Podium Selepas Menang GP Amerika

October 4, 2021 By Aryon Leave a Comment

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JUARA dunia lapan kali, Marc Marquez meraih kejuaraan kedua musim ini di  GP Austin, Amerika Syarikat (AS), selepas kali pertama di Jerman.

Tempeat kedua dimiliki juara keseluruhan setakat ini, Fabio Quartararo yang berpeluang memuktamadkan kejuaraan dunia dalam aksi di Misano, Itali nanti. Kedudukan ketiga dimiliki Francesco Bagnaia yang juga pencabar terdekat yang mampu menggugat dominasi Quartararo.

BACA >>> Kemenangan 'Back to Back'! Bagnaia Kuasai GP Itali, Quartararo Jarakkan Jurang

Marquez, pantas berada di kelompok pelumba depan untuk bersaing dengan Quartararo dan Bagnaia seawal Turn 1. Bagnaia kemudian tergelincir ke kedudukan keenam, manakala Quartararo memberikan tentangan awal pada peringkat awal perlumbaan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Motor Marquez Guna Dua Ekzos, Quartararo Pula Satu?

Apabila Marquez semakin di depan, rookie yang semakin menyinar, Jorge Martin (Pramac Ducati) cuba melepasi Quartararo, tetapi pelumba Yamaha itu gagal diatasi.

Semua pelumba menggunakan tayar keras di depan kecuali Jack Miller yang memasang tayar keras di belakang. Pelumba lain menggunakan tayar lembut di belakang kecuali Valentino Rossi dan Luca Marini dengan tayar medium.

BACA >>> Michelin Bekalkan Tayar MotoGP Hingga 2026, Wajarkah Dikritik?

Quartararo nampaknya enggan mengambil risiko untuk mengejar Marquez memandangkan dia hanya dibezakan 48 mata dengan pencabar terdekatnya, Bagnaia, dan kini menjarakkan diri dengan 52 mata. Pelumba Monster Energy Yamaha itu berpeluang menjadi juara jika mendapat lebih 50 mata dalam aksi akan datang.

Pelumba baharu Aprilia, Maverick Vinales menarik diri berikutan kematian tragik menimpa sepupunya, Dean Berta Vinales, hujung minggu lalu di Jerez dalam kejuaraan WorldSSP300.

Aksi seterusnya akan berlangsung di Misano pada 22-22 Oktober nanti yang juga perlumbaan laman sendiri terakhir buat legenda, Rossi.

BACA >>> Fabrizio: Rossi Betul, Ramai Pelumba Muda Tiru Cara Lumba Marquez yang Bahaya
BACA >>> Rossi Akhirnya Dedah Rahsia Sebenar Kejayaannya...

KEPUTUSAN GP AUSTIN 2021

  1. Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) 41m 41.435s
  2. Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) +4.679s
  3. Francesco Bagnaia ITA Ducati Team (GP21) +8.547s
  4. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +11.098s
  5. Jorge Martin SPA Pramac Ducati (GP21)* +11.752s
  6. Enea Bastianini ITA Avintia Ducati (GP19)* +13.269s
  7. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +13.406s
  8. Jack Miller AUS Ducati Team (GP21) +14.722s
  9. Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +15.832s
  10. Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) +20.265s
  11. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) +23.055s
  12. Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) +24.743s
  13. Andrea Dovizioso ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +25.307s
  14. Luca Marini ITA Sky VR46 Avintia Ducati (GP19)* +26.853s
  15. Valentino Rossi ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +28.055s
  16. Iker Lecuona SPA KTM Tech3 (RC16) +30.989s
  17. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +35.251s
  18. Danilo Petrucci ITA KTM Tech3 (RC16) +42.239s
  19. Franco Morbidelli ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +49.854s
  • Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) DNF
  • Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP21) DNF

SUMBER: Crash.net

Artikel Berkaitan

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kejuaraan Dunia MotoGP 2021, MotoGP 2021, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my