Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marc Marquez Menang BMW M4 CS, Tuah Juara Petak Utama Tahun ke-5 Berturut-Turut
Auto Terkini

Marc Marquez Menang BMW M4 CS, Tuah Juara Petak Utama Tahun ke-5 Berturut-Turut

AryonBy Aryon16/11/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK cukup dengan wang berkepuk, bakal legenda MotoGP, Marc Marquez baru saja melangkah keluar daripada majlis BMW M Award 2017 dengan membawa pulang model edisi terhad M4 CS.

Anugerah itu diberikan kepada pelayak terbaik (best qualifier) dalam MotoGP, dan Marquez pertama kali meraih anugerah itu pada 2013 dengan menggenggam kunci M6 Coupe hitam satin. Tahun berikutnya (2014), beliau dianugerahkan pula M4 merah, manakala pada 2015 pelumba asal Sepanyol itu memandu pulang M6 Convertible. Paling akhir dan terkini adalah sebuah M2 yang diterimanya tahun lalu.

Dengan meraih lapan kedudukan petak utama atau pole position sepanjang musim perlumbaan 2017, memang tidak dapat dinafikan lagi Marquez ialah pelayak terbaik antara terbaik.

BMW kali pertama mendedah M4 CS pada April lalu dan mengesahkan pengeluaran model itu akan dihadkan kepada 3,000 unit. Perubahan dilakukan M4 CS berbanding M4 biasa adalah menampilkan enjin 6-sebaris 3.0L twin-turbo berkuasa 454hp dan tork 600Nm.

Model tersebut juga lebih ringan dan menggunakan banyak komponen aerodinamik, seperti difuser belakang, spliter depan, dan spoiler lid gentian karbon daripada material gentian karbon. M4 CS dikatakan mampu menghabiskan pusingan Nürburgring sepantas 7 minit dan 36 saat.

Unit M4 CS diterima Marquez berwarna biru metalik San Marino Blue yang tampak mengancam habis, tidak ubah seperti warna jentera Valentino Rossi. Apakah itu warna yang sengaja diminta Marquez, ataupun BMW sengaja mahu bikin hero tua kita itu panas!

Marquez ada 4 tahun lagi untuk atasi rekod Rossi – 7 kali juara – dalam MotoGP, dan kumpul lebih banyak M4. Malah, ‘Semut Cervera’ itu juga baru saja berumur 24 tahun.

SUMBER: Car Scoops

Auto Terkini best qualifier Marc Marquez MotoGP pelayak terbaik petak utama pole position roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.