Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mantan Ketua Rekabentuk BMW, Karim Habib Sertai Kia Motors
Auto Terkini

Mantan Ketua Rekabentuk BMW, Karim Habib Sertai Kia Motors

Abang HirataBy Abang Hirata09/09/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA Motors Corporation tidak pernah sunyi dengan berita hebat mengenai pasukan rekabentuknya. Semua tahu pengeluar automotif dari Korea Selatan itu begitu mementingkan rekabentuk yang dijadikan nadi penting syarikat sejak penyertaan bekas pereka Audi, Peter Schreyer pada 2006.

Terbaharu Kia melantik Karim Habib sebagai Naib Presiden Kanan dan Ketua Pusat Rekabentuk. Karim ialah nama besar dalam dunia rekabentuk dan beliau menjadi individu yang terbabit merekabentuk BMW X3, X6 dan 7 Series. Selepas BMW, beliau berkhidmat dengan divisyen mewah Nissan, Infiniti bermula 2017 hingga 2019.

BACA >>> #TahukahAnda: 11 Fakta Menarik Tentang Kia yang Perlu Anda Tahu

BEKERJA DENGAN DONCKERWOLKE

Karim akan memulakan tugas di Pusat Rekabentuk Global Kia di Namyang, Korea, Oktober ini dengan menggalas tanggungjawab terhadap rekabentuk kenderaan Kia seperti penyeliaan jabatan luaran, dalaman, warna dan material, termasuk menentukan hala tuju dan strategi masa depan jenama Kia.

Beliau akan bekerja di bawah seorang lagi individu hebat, Luc Donckerwolke (foto atas kanan), iaitu Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Rekabentuk (CDO) Hyundai Motor Group.

Donckerwolke sebelum ini ialah Pengarah Rekabentuk Volkswagen Group dan pernah terlibat dalam projek Lamborghini Diablo, Murcéliago, Gallardo dan Bentley Flying Spur.

TENTANG KARIM HABIB

Antara kelebihan dimiliki Karim ialah kemampuannya membawa identiti sesebuah jenama, dan ini banyak dibantu pengalaman beliau sepanjang menerajui kerja-kerja rekabentuk bersama syarikat premium sejak 20 tahun lalu.

Jawatan terakhir beliau ialah Pengarah Eksekutif Rekabentuk Infiniti Motor Company dan terlibat dalam kenderaan konsep terbaharu jenama mewah itu. Sebelum itu beliau pernah berkhidmat dengan BMW Group dan Daimler AG.

Mengenai Karim, beliau ialah anak kelahiran Lebanon yang memiliki kerakyatan Kanada. Dari segi pendidikan pula, Karim ialah lulusan Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti McGill di Kanada dan Rekabentuk Pengangkutan dari Kolej Pusat Seni Rekabentuk di California, Amerika Syarikat (AS). Beliau mahir berbahasa Inggeris, Perancis, Jerman dan Itali.

BACA >>> Albert Biermann – Orang Kuat i30 N dan Stinger Kini Dilantik Ketua R&D Hyundai-Kia!

SENARAI KARIER KARIM HABIB

  • 2017 – 2019: Pengarah Rekabentuk Eksekutif INFINITI, Nissan Motor Company
  • 2012 – 2017: Ketua Rekabentuk BMW Automobiles, BMW Group
  • 2011 – 2012: Ketua Rekabentuk Luaran BMW Automobiles, BMW Group
  • 2009 – 2011: Pengurus Kanan Rekabentuk Termaju Jerman, Daimler AG
  • 2007 – 2009: Ketua Rekabentuk Rekaan Termaju, BMW Group
  • 2004 – 2007: Pereka Kanan (Rekabentuk Luaran Pengeluaran), BMW Group
  • 2002 – 2003: Pereka Luaran/Dalaman – Rekabentuk Termaju, BMW Group
  • 1998 – 2001: Pereka Luaran/Dalaman Pengeluaran, BMW Group
Karim Habib Ketua Pusat Rekabentuk Kia Kia Kia Motors Corporation Peter Schreyer Rekabentuk
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    Roda4

    Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

    07/07/2026
    JPJ dan AADK tahan pemandu kenderaan komersil positif dadah di Plaza Tol Gombak
    Auto Terkini

    Pemandu Kenderaan Komersial Positif Dadah Ditahan JPJ, AADK di Plaza Tol Gombak

    08/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026

    1 Comment

    1. Suhaimi Nawir on 16/09/2019 21:11

      Tahu kah anda didalam Nissan Jepun ada saorang Rakyat Malaysia berkerja didalam team rekabentuk sistem robotik sebagai Senior Engineer????
      Sudah lebih dari 7 tahun beliau berkhidmat disitu.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.