Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Malaysia Kurang Drebar Pengangkutan Awam, Ramai Pilih Singapura Sebab Gaji Tinggi
Auto Terkini

Malaysia Kurang Drebar Pengangkutan Awam, Ramai Pilih Singapura Sebab Gaji Tinggi

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ADA persatuan bas ekspres mendedahkan kepada kami industri pengangkutan Malaysia dibelenggu masalah kehilangan hampir 40 peratus pemandu disebabkan pandemik Covid-19.

Sumber sama mendakwa masalah itu sudah dikongsi kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam satu pertemuan minggu lalu.

BACA >>> Bas Pelancong Tidak Guna Pemandu Pelancong Diiktiraf Boleh Didenda RM5k!

Apabila ditanya isu tersebut, Loke menjawab;

Memang betul, industri bas ekspres mengalami kekurangan pemandu. Bukan saja bas ekspres, tetapi keseluruhan industri pengangkutan awam mengalami masalah kekurangan pemandu.

“Bas ekspres kurang, bas henti-henti pun tak cukup dan lori pun tak cukup. Industri lori pun tidak mencukupi (pemandu) untuk prime mover (lori jenis treler) dan sebagainya.

“Memang kita tau (industri) tak cukup pemandu. Antara sebabnya (mengambil contoh) industri bas ekspress. Ketika Covid-19 dua tahun lalu, kebanyakan bas ekspress tidak berjalan. Operasinya agak berkurangan dan sudah tentu pemandu beralih menjadi pemandu e-hailing dan sebagainya. Ini jadi kekangan tak cukup pemandu.”

PEMANDU MALAYSIA PILIH SINGAPURA

Loke juga menjelaskan Kementerian perlu memperinci isu kekurangan pemandu supaya langkah membantu pemain industri dapat dilakukan.

Beliau berkata;

Dalam dialog saya bersama persatuan minggu lepas, saya minta persatuan bantu mengenal pasti daripada ahli-ahli mereka. Operator nak berapa pemandu, di negeri mana. Sebab selalunya dalam dialog, cakap tak cukup saja. Tapi tak cukup di mana? Negeri mana tak cukup? Syarikat mana yang perlu? Berapa pemandu diperlukan?

“(Kalau) dah dapat angka itu, kita boleh buat intervensi supaya kita boleh dapatkan pemandu-pemandu ini. Mungkin kita buat job fair (pameran kerjaya) khusus untuk industri pengangkutan di kawasan tertentu.

“Biasanya kita buat job fair besar saja. Tapi kita nak cari dan bagi peluang pekerjaan di negeri dan bandar kecil. (Contoh) Di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Kuala Pilah dan Tampin.

“Tempat ini mungkin anak-anak muda tak ada kerja. Jadi kita akan pergi pasarkan (tawarkan) di kawasan yang mungkin dapat lebih ramai orang yang minat (cari peluang kerjaya).”

PAMERAN KERJAYA KHAS UNTUK INDUSTRI PENGANGKUTAN

Loke mengakui faktor gaji di negara jiran juga menjadi punca kekurangan pemandu sektor pengangkutan di Malaysia, tetapi menyatakan Kementerian Pengangkutan bersedia mengambil pendekatan lebih proaktif untuk menyelesaikan masalah dihadapi pemain industri.

Keduanya, mengapa kurang adalah ramai juga pemandu pergi bekerja sebagai pemandu di Singapura. Kebanyakan pemandu bas di Singapura ialah pemandu dari Malaysia. Sebab gajinya lebih tinggi. Itu antara faktornya (kekurangan pemandu di Malaysia).

“Kerajaan baru-baru ini daripada bajet (Belanjawan 2023) mengumumkan Kerajaan boleh tampung mereka mendapat lesen PSV dan ini antara inisiatif kita.

“Jadi katakan jika seorang anak muda nak jadi pemandu dan nak dapatkan lesen PSV dan GDL. Dia mungkin tak ada duit, kita tampung dan kita bantu dia dapatkan lesen. Ini juga antara cara kita buat (selesai isu kekurangan pemandu).

“Saya dah beritahu, mereka patut kumpulkan maklumat supaya kita boleh adakan kerjasama strategik. (Misalnya) Tahun ini dia (persatuan) nak berapa (pekerja pemandu), dia kena tanya ahli-ahli.

“Kumpulkan daripada industri nak berapa dan di mana. Bukan semua syarikat bas berpangkalan di Kuala Lumpur. Sebab ada bas-bas berpangkalan di negeri masing-masing. Apa yang kita maksudkan, pemandu itu datang dari negeri masing-masing. Dia mesti ada sasaran program cari pekerja di negeri asal mereka (operator bas).”

BACA >>> #Belanjawan2023: Kerajaan Tanggung Bayaran Ujian Memandu

TRAFIK SESAK, BANYAK KESAN EKONOMI

Apabila diminta mengulas kesan ketandusan pemandu terhadap ekonomi Malaysia, Loke berkata;

Ia memberi kesan kepada operasi industri pengangkutan. Contohnya, jika industri tak cukup bas, tak cukup pemandu dan pada musim-musim puncak, ia memberi pelbagai kesan.

“Kalau kita ada lebih banyak bas, sudah tentu kita mahu uarkan kepada orang ramai guna pengangkutan awam pada musim perayaan untuk balik kampung dan tidak menyebabkan kesesakan teruk.

“Umpamanya, musim perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya dan sebagainya pada tahun lepas. Orang semua nak balik kampung dan semua pakai kenderaan persendirian.

“Pertamanya, tawaran bas tidak cukup, tawaran pengangkutan awam tidak cukup. Ini beri pelbagai kesan kepada rangkaian kita.”

Beliau menegaskan misi Kementerian Pengangkutan adalah mahu orang ramai menggunakan 40 peratus pengangkutan awam, tetapi sasaran itu masih jauh.

BACA >>> Van Persiaran Bawa 14 Penumpang Terbabas di Genting Highlands, 6 Mangsa Maut
BACA >>> Anthony Loke: Serap Kos Ujian Lesen Bantu Anak Muda Ceburi Ekonomi Gig
BACA >>> Menteri: Kerajaan Jimat RM96j Setahun dengan Cukai Jalan, Lesen Memandu Digital

Anthony Loke Anthony Loke Siew Fook autoterkini Isu ketandusan pemandu bas ekspres Malaysai Kementerian Pengangkutan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) Masalah Pemandu Bas
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Auto Terkini

    BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

    11/06/2026
    Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
    Auto Terkini

    Konflik Asia Barat Lonjak Bil Subsidi Bahan Api Malaysia Kepada RM7.5 Bilion Pada April

    10/06/2026
    Auto Terkini

    Indonesia Naikkan Harga Petrol Pertamax RON92 Kepada RM3.64 Seliter Mulai Hari Ini

    10/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.