Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Malaysia Autoshow 2019 Kembali Lagi April Ini, Ada Cabutan Bertuah Dapat Kereta!
Auto Terkini

Malaysia Autoshow 2019 Kembali Lagi April Ini, Ada Cabutan Bertuah Dapat Kereta!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/02/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MALAYSIA Autoshow 2019 kembali lagi untuk tahun ketiga dengan pelbagai aktiviti dan tawaran menarik kepada pengunjung sepanjang 11-14 April depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Bertemakan ‘Mobiliti untuk Semua’ (Mobility for All), objektif utama pameran kali ini ialah menumpukan kepada teknologi, keselamatan dan keselesaan terkini untuk kenderaan di Malaysia. Seperti tahun lalu, ada hadiah cabutan bertuah menarik kepada pengunjung, iaitu Perodua Bezza, Myvi dan Kia Picanto serta beberapa hadiah menarik lain.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MARii, Datuk Madani Sahari berkata, Malaysia Autoshow 2019 kekal penting sebagai wadah utama dalam kalendar automotif tahunan negara ini.

100 KERETA DIPAMERKAN

Tahun ini, 100 unit kereta akan dipamerkan di Dewan A, termasuk kenderaan cekap tenaga, manakala Dewan C akan menjadi ruang modifikasi antarabangsa (IAM) yang akan menyatukan komuniti peminat kereta kustom. Dewan D, yang dinamakan ‘MARii Mobility Hall’, menjadi ruang pameran rantaian automotif bermula penggayaan, rekabentuk, kejuruteraan dan pengeluaran serta visi bayangan ekosistem mobiliti di Malaysia.

BACA >>> Malaysia Jadi Negara Asean Pertama Hasilkan Bateri Litium-Ion untuk EV Menjelang 2020

Acara yang berlangsung selama empat hari itu juga akan menjadi platform buat pengeluar melancarkan model baharu. Aktiviti menarik juga disediakan kepada pengunjung seperti 4×4 Taxi Ride, Pengalaman Go Kart, Pandu Uji Model Baharu sejauh 3km dan banyak lagi.

APLIKASI MARii

MARii turut memperkenalkan aplikasi baharu dinamakan Analisis Data Besar MARii (BDA) dan Pameran IoT (Internet of Things). Aplikasi BDA dan IoT akan menghubungkan sektor kilang dan seluruh rantaian automotif bermula pengeluaran hingga selepas jualan menerusi ekosistem pemacu data yang membolehkan proses keputusan lebih cepat dan tepat. Ia diperoleh daripada pelbagai data tersedia yang dihantar sepanjang rantaian bekalan.

BACA >>> Inilah 6 Sebab Kenapa Anda Perlu ke Malaysia Autoshow 2018!

Teknologi dibangunkan MARii itu bertujuan meningkatkan pembangunan industri Malaysia dalam usaha mengatasi kebimbangan pelaburan teknologi selain memacu permulaan pembelajaran buat pemilik perniagaan dan bakat-bakat yang ada dalam sesuatu perniagaan.

Auto Terkini Datuk Madani Sahari MAEPS Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii) Malaysia Autoshow 2019 MARii Mobility for All Pameran Auto Malaysia (2019)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026

    1 Comment

    1. Muhammad amirul hakimi bin mohd ramli on 30/07/2019 20:43

      Nk join

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.