• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Malaysia Autoshow 2019 Kembali Lagi April Ini, Ada Cabutan Bertuah Dapat Kereta!

Malaysia Autoshow 2019 Kembali Lagi April Ini, Ada Cabutan Bertuah Dapat Kereta!

February 28, 2019 By AI 1 Comment

FacebookTwitter


MALAYSIA Autoshow 2019 kembali lagi untuk tahun ketiga dengan pelbagai aktiviti dan tawaran menarik kepada pengunjung sepanjang 11-14 April depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Bertemakan 'Mobiliti untuk Semua' (Mobility for All), objektif utama pameran kali ini ialah menumpukan kepada teknologi, keselamatan dan keselesaan terkini untuk kenderaan di Malaysia. Seperti tahun lalu, ada hadiah cabutan bertuah menarik kepada pengunjung, iaitu Perodua Bezza, Myvi dan Kia Picanto serta beberapa hadiah menarik lain.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MARii, Datuk Madani Sahari berkata, Malaysia Autoshow 2019 kekal penting sebagai wadah utama dalam kalendar automotif tahunan negara ini.

100 KERETA DIPAMERKAN

MARii AutoShow-2
MARii AutoShow-1
MARii AutoShow-3

Tahun ini, 100 unit kereta akan dipamerkan di Dewan A, termasuk kenderaan cekap tenaga, manakala Dewan C akan menjadi ruang modifikasi antarabangsa (IAM) yang akan menyatukan komuniti peminat kereta kustom. Dewan D, yang dinamakan 'MARii Mobility Hall', menjadi ruang pameran rantaian automotif bermula penggayaan, rekabentuk, kejuruteraan dan pengeluaran serta visi bayangan ekosistem mobiliti di Malaysia.

BACA >>> Malaysia Jadi Negara Asean Pertama Hasilkan Bateri Litium-Ion untuk EV Menjelang 2020

Acara yang berlangsung selama empat hari itu juga akan menjadi platform buat pengeluar melancarkan model baharu. Aktiviti menarik juga disediakan kepada pengunjung seperti 4x4 Taxi Ride, Pengalaman Go Kart, Pandu Uji Model Baharu sejauh 3km dan banyak lagi.

APLIKASI MARii

MARii AutoShow-4
MARii AutoShow-6
MARii AutoShow-5

MARii turut memperkenalkan aplikasi baharu dinamakan Analisis Data Besar MARii (BDA) dan Pameran IoT (Internet of Things). Aplikasi BDA dan IoT akan menghubungkan sektor kilang dan seluruh rantaian automotif bermula pengeluaran hingga selepas jualan menerusi ekosistem pemacu data yang membolehkan proses keputusan lebih cepat dan tepat. Ia diperoleh daripada pelbagai data tersedia yang dihantar sepanjang rantaian bekalan.

BACA >>> Inilah 6 Sebab Kenapa Anda Perlu ke Malaysia Autoshow 2018!

Teknologi dibangunkan MARii itu bertujuan meningkatkan pembangunan industri Malaysia dalam usaha mengatasi kebimbangan pelaburan teknologi selain memacu permulaan pembelajaran buat pemilik perniagaan dan bakat-bakat yang ada dalam sesuatu perniagaan.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Madani Sahari, MAEPS, Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii), Malaysia Autoshow 2019, MARii, Mobility for All, Pameran Auto Malaysia (2019)

Comments

  1. Muhammad amirul hakimi bin mohd ramli says

    July 30, 2019 at 8:43 PM

    Nk join

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my