Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Motosikal Gaya Basikal BMX dengan Enjin ‘Separuh’ Ducati Pantah
Bikin Auto

#BikinMotor: Motosikal Gaya Basikal BMX dengan Enjin ‘Separuh’ Ducati Pantah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMILIK bengkel Balamutti Workshop di Rusia, Vitaly Selyukov mengambil masa lebih tiga tahun untuk menyiapkan projek motosikal kustom gaya basikal BMX dengan menggunakan komponen Ducati.

Dengan menamakan motosikal itu sebagai Malavita, Selyukov menghasilkan motosikal kustom itu dengan mengimpal frem dalam bentuk trapezoid yang diilhamkan daripada basikal BMX.

Trenkuasa digunakan ialah enjin Ducati Pantah yang turut diubah suai ekstrem daripada konfigurasi asal L-Twin kepada silinder tunggal. Caranya adalah membuang blok silinder menegak dan saiz diameter dalaman silinder kedua dibesarkan kepada 426cc.

Sistem transmisi manual 6-kelajuan ditukar kepada klac kering automatik 5-kelajuan dengan syaf input  Monster 600 dan Hypermotard 1100 (syaf output).

Seterusnya adalah kerja pemasangan sistem penyejukan minyak di depan enjin untuk membantu tugas kawalan suhu. Trenkuasa kemudian diikat pada frem menggunakkan beberapa skru.

Motosikal kustom ini mengunakan fork sebelah jenis kembar dengan menggunakan komponen Marzocchi. Sistem brek jenis karbon untuk membantu mengurangkan berat motosikal.

Dengan menggunakan swingarm sebelah Ducati Hypermotard 1100, sistem suspensi motosikal itu dipautkan pada monoshock Penske.

Bar hendal ciptaan Balamutti Workshop, manakala pelana diambil daripada basikal klasik berusia kira-kira 70 tahun. Rim depan jenis jejari (spoked), manakala rim aloi belakang daripada Ducati 916 dengan tayar Pirelli MT60.

Kapasiti tangki minyak sebesar 7-liter dan seunit bateri litium-ion disorok dalam kotak bawah frem dengan hiasan mufler kembar. Ekzos sebenar berada di depan kotak tersebut.

BACA >>> Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
BACA >>> #BikinMotor: Modifikasi Suzuki FX 125 yang Lain Macam

SUMBER: BikeExif 

Balamutti Workshop Bikin Auto bikin motor Ducati Pantah Hypermotard 1100 Malavita Modifikasi Monster 600 motosikal BMX kustom roda2 Vitaliy Selyukov
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.