Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Majlis Pratonton ‘Proton Boyue’ di Shah Alam Kecoh, Ramai Tak Puas Hati!
Auto Terkini

Majlis Pratonton ‘Proton Boyue’ di Shah Alam Kecoh, Ramai Tak Puas Hati!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/02/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI tidak tahu Proton ada melakukan siri jelajah pratonton model Geely Boyue di pusat jualan terpilih. Cuma pratonton di pusat jualan Proton, Rahman Brothers Motor, Shah Alam mendapat sambutan hangat kerana sesi khas itu tiba-tiba tular.

Sesi tayangan awal dengan sebaris ayat ‘Be Among the Earliest to Preview The First Proton SUV’ (Jadi antara Terawal Menyaksikan SUV Pertama Proton) membuatkan orang ramai teruja apabila melihat imej digunakan yang seakan model final Boyue pasaran tempatan, siap dengan lencana Proton. Tetapi, itu cuma imej grafik rekaan dan bukan model pengeluaran sebenar. Diulangi, sekadar rekaan saja!

BACA >>> 48 Foto Ini Akan Buat Anda Jatuh Cinta Pada Geely Boyue

Model Proton ‘Boyue’ (nama belum rasmi) dipamerkan selama dua jam bermula jam 11 pagi hingga 1 petang di Rahman Brothers Motor sebelum dibawa ke pusat jualan Proton di Glenmarie, Shah Alam. Kami sempat berada di lokasi seawal jam 10.30 pagi untuk turut serta menyaksikan ketibaan ‘Proton Boyue’.

SAMBUTAN MERIAH

Orang awam mula hadir seawal jam 10.50 pagi. Sebaik tiba, masing-masing mula mendekati kenderaan utiliti sukan (SUV) dan mula menyentuh setiap perincian badan kereta itu. Bagaimanapun, bahagian kabin hanya boleh dilihat menerusi cermin tingkap.

BACA >>> Foto Spyshot Proton Boyue Tersebar – Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi?

Model Boyue pemanduan kiri itu masih ditutupi dengan samaran di bahagian depan, belakang dan sisi kenderaan. Bahagian logo ditutup rapi pelekat hitam. Masih tiada spesifikasi akhir untuk pasaran tempatan. Kami difahamkan model tersebut akan berada di pasaran sekitar September, sebelum Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 yang dijadualkan berlangsung November nanti.

Kami turut cuba mendapatkan maklum balas orang ramai. Ada yang kecewa kerana SUV tersebut tidak didedahkan sepenuhnya. Ramai yang berharap dapat melihat rekabentuk penuh. Berikut beberapa respon pengunjung yang sempat kami temu bual:

KECEWA TIDAK DITAYANGKAN SEPENUHNYA

SHAHZANURIMAN

Shahzanuriman, 33 dari Rawang meluahkan rasa kecewa kerana menyangka model yang akan dipamerkan itu  versi pengeluaran.

“Ingatkan bolehlah dapat tengok versi penuh, tapi Boyue ditutup. Kita sendiri sudah tahu ini Geely Boyue dari China. Design memang cantik, kalau tengok macam Range Rover dari belakang. Satu penambahbaikan yang baik dan berbeza berbanding rekabentuk sedia ada.

“Kita tahu pemasaran Proton sekarang atas trek yang betul sebab orang ramai masih teruja dengan Boyue. Cuma Proton harus bijak tetapkan harga Boyue,” jelasnya.

“Jika Proton letak harga salah, ia juga akan menjejaskan produk itu sendiri kerana pengguna kita kerap nak bandingkan dengan SUV jenama lain di pasaran.”

Steven Chong turut kecewa dengan sesi pratonton tersebut kerana tidak dapat melihat sepenuhnya penampilan Boyue. Tambahan lagi tiada spesifikasi penuh didedahkan, termasuk harga untuk pasaran Malaysia.

SURAYAH

Sementara itu, Surayah, 45 berpendapat sesi pratonton Boyue itu adalah usaha yang baik kerana Proton buat kali pertama memperkenalkan model SUV dengan rekabentuk menarik dan cantik.

“Kalau Proton tawarkan model itu bawah RM100,000, pasti buat pelanggan tertarik. Kita tahu produk Geely bagus di pasaran luar dan turut memiliki Volvo, ini boleh dimanfaatkan Proton.

“Cuma untuk ubah persepsi pembeli Malaysia terhadap Proton perlu ambil masa lama. Jadi Proton perlu agresif dalam pasaran dan mesti cuba perbaiki kualiti servis selepas jualan mereka,” katanya.


Di China, Geely Boyue ditawarkan dalam dua varian enjin, 1.8L Turbo dan 2.0L aspirasi natural (NA). Enjin 1.8L Turbo mampu menghasilkan kuasa 181hp pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,500-5,500rpm), manakala enjin 2.0L NA pula berkuasa 139hp (6,000rpm) dan tork 178Nm (4,000 – 4,500rpm).

GALERI
Auto Terkini Geely Geely Boyue Kenderaan Utitili Sukan (SUV) Pra tonton Boyue Proton Proton Boyue PROTON Holding Berhad Rahman Brothers Motor Roda4 SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.