Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Madboxer – Motosikal Custom Enjin Subaru WRX, dan Sah Tunggang Atas Jalan!
Roda2

Madboxer – Motosikal Custom Enjin Subaru WRX, dan Sah Tunggang Atas Jalan!

AryonBy Aryon09/10/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM dunia custom, ada banyak cabaran perlu diatasi jika mahu membikin sebuah motosikal yang dikuasakan enjin kereta. Paling perlu dititik beratkan ialah aspek berat fizikal dan tork, tentang bagaimana mahu memuatkan sebuah enjin – yang relatifnya besar – pada frem sebuah motosikal versi pengeluaran.

Inilah yang dilakukan seorang mat motor New Zealand, Marcel van Hooijdonk dalam menghasilkan motosikal super custom dinamakan ‘Madboxer‘. Sebaik nama diberikan, jentera tersebut mengambil masa lima tahun untuk disiapkan. Ini kerana Van Hooijdonk dengan berani cuba menyangkut enjin jentera rali ikonik, Subaru WRX!

Segala bermula dengan cabaran kawan dari Australia, Harry yang suatu hari mengirimkan e-mel yang mengepilkan sekeping foto imaginasi artis tentang motosikal konsep dikuasakan enjin Subaru.

Semestinya enjin kereta menjadi komponen paling utama untuk digunakan, dan Van Hooijdonk memiliki beberapa opsyen, antaranya enjin Subaru dalam siri EJ, dengan kapasiti 1.5L hingga 2.5L yang mudah didapati daripada model Subaru sejak 1989.

Akhirnya dia memilih enjin EJ25 dengan pengecas turbo daripada WRX generasi kedua. Namun, sebelum projek bermula, Van Hooijdonk terlebih dahulu memeriksa sama ada Madboxer mampu direalisasikan secara sah di atas jalan raya. Keputusannya, boleh!

LAKARAN BERKOMPUTER

Sama seperti kerja seorang profesional, Van Hooijdonk bermula dengan sebuah komputer menerusi lukisan CAD, dan mendapat pelepasan daripada Persatuan Teknikal Kenderaan Volum Rendah (LVVTA) yang menjadi badan penyelia kepada semua kenderaan modifikasi di New Zealand.

Apabila saya dapat blok motor dan roda, saya terus bermula dengan AutoCAD, melukis hab kemudi pusat, lengan ayun dan sisi casis utama. Lukisan itu turut akan digunakan untuk pemprograman pusat pengisar CNC dan mesin larik yang akan menghasilkan kepingan tunggal motosikal sebelum dipasang.”

Namun, semua itu bukanlah semudah dikata, kerana Van Hooijdonk terpaksa membuat banyak kali cubaan sebelum segalanya sempurna. Dia juga perlu membina sistem stereng yang memenuhi kelulusan panel persijilan LVVTA. Akhirnya motosikal tersebut perlahan-lahan menyerlahkan rupa tersendiri dengan tangki minyak Kawasaki, roda yang dibeli daripada TradeMe (portal e-dagang seakan eBay versi New Zealand), dan unit turbo-kembar kecil daripada Subaru Legacy bagi menggantikan turbo WRX yang besar.

LANCAR DAN SELAMAT

Hasilnya, enjin dimuatkan pada Madboxer mampu beroperasi sangat lancar, walaupun tanpa roda tenaga atau flywheel sebenar. Van Hooijdonk turut menggunakan transmisi automatik 2-kelajuan buatan Jepun yang siap diubah suai, menggunakan pemacu rantai (chain drive) untuk mendapatkan kuasa ke roda belakang.

Seperti motosikal automatik, tiada tuil gear diperlukan pada peg kaki, cuma butang pada bar hendal untuk menukar gear. Cara membrek adalah seperti sebuah skuter dengan tuil brek diambil daripada model Buell. Lebih membanggakan, Madboxer hasil kerja Van Hooijdonk melepasi piawaian LVVTA.

“Boleh ditunggang ialah sasaran yang tepat. Jadi itu memberi kesan ke atas rekabentuk akhir. Sistem di New Zealand tidak teruk sangat. Anda usulkan rekaan pada peringkat awal, dan panel akan pergi ke sana. Sebaik saja diluluskan, anda boleh terus mula, tetapi dengan pemeriksaan dilakukan sepanjang masa.”

“Anda selalu terfikir tentang sesuatu untuk diubah, dan anda perlu pergi semula kepada panel. Pada masa itu, banyak adegan tarik tali berlaku, tetapi kini semuanya siap dan 100 peratus sah bergerak atas jalan. Saya patut kata, tidaklah  teruk sangat,” katanya.

Hasilnya adalah apa yang anda lihat pada gambar-gambar yang dikongsi di sini. Dengan berat 313.5kg, Madboxer milik Van Hooijdonk jelas berstatus sangat berat berbanding motosikal standard lain. Tetapi dengan enjin boxer, motosikal itu mampu mengekang enjin obesiti yang dipasang pada jentera berkenaan.

Siapa sangka, motor pun boleh pakai enjin Subaru!

GALERI

SUMBER: BikeExif

bikin motor Madboxer Modifikasi motosikal motosikal enjin Subaru WRX motosikla enjin boxer roda2 Subaru WRX
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.