Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Macam-Macam Ada dengan ‘Kempen Coffee Break’ di Stesen PETRONAS!
Auto Terkini

Macam-Macam Ada dengan ‘Kempen Coffee Break’ di Stesen PETRONAS!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) hari ini melancarkan ‘Kempen Coffee Break’ sempena sambutan Tahun Baru Cina 2020 dengan memberikan hadiah percuma beserta promosi menarik dan baucar diskaun untuk barangan Petronas dan Kedai Mesra, Setel, Tealive, Dunkin’, Shopee dan Touch ‘n Go.

Kempen Coffee Break ini akan berlangsung dalam dua sesi, iaitu 23-24 Januari dan 1-2 Februari 2020.

Sebagai tradisi tahunan, PDB akan mengagihkan minuman Nescafe dan snek percuma sepanjang Kempen Coffee Break di 160 stesen Petronas terlibat. Pemberian set makanan direalisasikan menerusi penyertaan rakan kempen seperti  Nestlé Products Sdn Bhd, Julie’s Marketing Sdn Bhd, Delfi Marketing Sdn Bhd, dan Adabi Consumer Industries Sdn Bhd.

PDB juga menawarkan pemeriksaan motosikal percuma menerusi kerjasama dengan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd, termasuk menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma dilakukan St John Ambulance Malaysia (SJAM) di stesen Petronas terpilih.

Rakan kempen, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) turut mengadakan program sokongan mengenai tip keselamatan jalan raya. Sebagai tambahan, PDB menaja bahan api untuk 50 ambulans SJAM yang ditempatkan sepanjang lebuh raya bagi memberikan bantuan kecemasan kepada pengguna sepanjang tempoh perayaan.

BACA >>> Petronas Sahut Kempen Beli Barangan Malaysia di 700 Kedai Mesra Seluruh Negara

GUNA ‘SETEL’, EKSTRA GANJARAN SEPANJANG CUTI

Disebabkan pertambahan trafik tinggi di stesen petrol sepanjang musim perayaan ini, PDB menggalakkan orang ramai  menggunakan aplikasi Setel supaya tidak perlu beratur di kaunter bayaran dan menjimatkan masa perjalanan.

Manfaatnya, pulangan tunai (cashback) RM5 akan diberikan kepada pengguna baharu yang berdaftar dengan Setel dan menambah isian semula RM30 dalam e-dompet. Anda juga boleh merujuk seorang rakan untuk menggunakan Setel yang kemudian akan mendapat pulangan tunai RM5 apabila mereka mengisi minyak minimum RM30.

Apabila mengisi minyak, pastikan tuntut ganjaran anda di kaunter Kedai Mesra mengikut jumlah minyak yang dibeli. Antaranya:

  • Isi Minyak Minimum RM30 – Terima sampul angpau eksklusif Petronas dan diskaun RM2 untuk minuman Tealive di stesen Petronas terpilih.
  • Isi Minyak RM50 ke Atas – Dapat kopi percuma daripada Dunkin’.
  • Diskaun RM6 – Barangan Formula One 6th times World Constructor Championship.
  • Semua pelanggan dapat kod promo Shopee
  • Belanja Minimum RM10 – Dapat beli botol air edisi khas Star Wars pada harga RM49.90.
  • Beli PETRONAS Syntium (4L) – Dapar botol air termos dan beg galas eksklusif Syntium.
Jangan lupa tambah nilai kad Touch ‘n Go anda tanpa caj tambahan RM0.50 sepanjang 23-29 Januari ini apabila ada buat isian semula di mana-mana stesen Petronas seluruh negara.

BACA >>> Petronas Lancar Portal Kad Mesra, Lebih 81 Jenama Produk dan Servis untuk Ditebus

KEMPEN ‘MESRA BONANZA’

Kempen Mesra Bonanza masih berlangsung hingga tarikh akhir 31 Januari ini. Anda cuma perlu berbelanja minimum RM30 sama ada mengisi minyak atau beli barang di Kedai Mesra untuk berpeluang memenangi hadiah bulanan yang mana 1,000 pemenang akan mendapat 20,000 mata ganjaran Mesra (bersamaan RM200).

Hadiah tunai pula akan diberikan setiap dua bulan sekali, dan pelanggan perlu berbelanja dengan jumlah terkumpul RM500 dalam tempoh dua bulan. Hadiah utama ditawarkan ialah tunai RM100,ooo untuk setiap tiga pemenang, manakala 14 pemenang lain akan mendapat tunai RM3,000 setiap seorang

Sebarang maklumat lanjut boleh layari www.mymesra.com.my.

BACA >>> Nak Servis Kereta? Jom Singgah 7 Cawangan PETRONAS Auto Expert Ini!

GALERI
Auto Terkini Coffee Break Campaign Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd Kedai Mesra Petronas Kempen Coffee Break Petronas Coffee Break 2020 Petronas Dagangan Berhad (PDB) Petronas Syntium SETEL Petronas
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.