• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Macam-Macam Ada dengan 'Kempen Coffee Break' di Stesen PETRONAS!

Macam-Macam Ada dengan 'Kempen Coffee Break' di Stesen PETRONAS!

January 23, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

216
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) hari ini melancarkan 'Kempen Coffee Break' sempena sambutan Tahun Baru Cina 2020 dengan memberikan hadiah percuma beserta promosi menarik dan baucar diskaun untuk barangan Petronas dan Kedai Mesra, Setel, Tealive, Dunkin', Shopee dan Touch 'n Go.

Kempen Coffee Break ini akan berlangsung dalam dua sesi, iaitu 23-24 Januari dan 1-2 Februari 2020.

petronas-coffee-break-cny-2020-12
petronas-coffee-break-cny-2020-6

Sebagai tradisi tahunan, PDB akan mengagihkan minuman Nescafe dan snek percuma sepanjang Kempen Coffee Break di 160 stesen Petronas terlibat. Pemberian set makanan direalisasikan menerusi penyertaan rakan kempen seperti  Nestlé Products Sdn Bhd, Julie’s Marketing Sdn Bhd, Delfi Marketing Sdn Bhd, dan Adabi Consumer Industries Sdn Bhd.

PDB juga menawarkan pemeriksaan motosikal percuma menerusi kerjasama dengan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd, termasuk menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma dilakukan St John Ambulance Malaysia (SJAM) di stesen Petronas terpilih.

Rakan kempen, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) turut mengadakan program sokongan mengenai tip keselamatan jalan raya. Sebagai tambahan, PDB menaja bahan api untuk 50 ambulans SJAM yang ditempatkan sepanjang lebuh raya bagi memberikan bantuan kecemasan kepada pengguna sepanjang tempoh perayaan.

BACA >>> Petronas Sahut Kempen Beli Barangan Malaysia di 700 Kedai Mesra Seluruh Negara

GUNA 'SETEL', EKSTRA GANJARAN SEPANJANG CUTI

setel-logo-petronas
petronas-coffee-break-cny-2020-7
petronas-coffee-break-cny-2020-8
petronas-coffee-break-cny-2020-9
petronas-coffee-break-cny-2020-13
setel-petronas

Disebabkan pertambahan trafik tinggi di stesen petrol sepanjang musim perayaan ini, PDB menggalakkan orang ramai  menggunakan aplikasi Setel supaya tidak perlu beratur di kaunter bayaran dan menjimatkan masa perjalanan.

Manfaatnya, pulangan tunai (cashback) RM5 akan diberikan kepada pengguna baharu yang berdaftar dengan Setel dan menambah isian semula RM30 dalam e-dompet. Anda juga boleh merujuk seorang rakan untuk menggunakan Setel yang kemudian akan mendapat pulangan tunai RM5 apabila mereka mengisi minyak minimum RM30.

Apabila mengisi minyak, pastikan tuntut ganjaran anda di kaunter Kedai Mesra mengikut jumlah minyak yang dibeli. Antaranya:

  • Isi Minyak Minimum RM30 - Terima sampul angpau eksklusif Petronas dan diskaun RM2 untuk minuman Tealive di stesen Petronas terpilih.
  • Isi Minyak RM50 ke Atas - Dapat kopi percuma daripada Dunkin'.
  • Diskaun RM6 - Barangan Formula One 6th times World Constructor Championship.
  • Semua pelanggan dapat kod promo Shopee
  • Belanja Minimum RM10 - Dapat beli botol air edisi khas Star Wars pada harga RM49.90.
  • Beli PETRONAS Syntium (4L) - Dapar botol air termos dan beg galas eksklusif Syntium.
Jangan lupa tambah nilai kad Touch 'n Go anda tanpa caj tambahan RM0.50 sepanjang 23-29 Januari ini apabila ada buat isian semula di mana-mana stesen Petronas seluruh negara.

BACA >>> Petronas Lancar Portal Kad Mesra, Lebih 81 Jenama Produk dan Servis untuk Ditebus

KEMPEN 'MESRA BONANZA'

Kempen Mesra Bonanza masih berlangsung hingga tarikh akhir 31 Januari ini. Anda cuma perlu berbelanja minimum RM30 sama ada mengisi minyak atau beli barang di Kedai Mesra untuk berpeluang memenangi hadiah bulanan yang mana 1,000 pemenang akan mendapat 20,000 mata ganjaran Mesra (bersamaan RM200).

Hadiah tunai pula akan diberikan setiap dua bulan sekali, dan pelanggan perlu berbelanja dengan jumlah terkumpul RM500 dalam tempoh dua bulan. Hadiah utama ditawarkan ialah tunai RM100,ooo untuk setiap tiga pemenang, manakala 14 pemenang lain akan mendapat tunai RM3,000 setiap seorang

Sebarang maklumat lanjut boleh layari www.mymesra.com.my.

BACA >>> Nak Servis Kereta? Jom Singgah 7 Cawangan PETRONAS Auto Expert Ini!

GALERI
petronas-coffee-break-cny-2020-3
petronas-coffee-break-cny-2020-15
petronas-coffee-break-cny-2020-16
petronas-coffee-break-cny-2020-7
petronas-coffee-break-cny-2020-11
petronas-coffee-break-cny-2020-12
petronas-coffee-break-cny-2020-9
petronas-coffee-break-cny-2020-1
petronas-coffee-break-cny-2020-4
petronas-coffee-break-cny-2020-5
petronas-coffee-break-cny-2020-2
petronas-coffee-break-cny-2020-6
petronas-coffee-break-cny-2020-8
petronas-coffee-break-cny-2020-10
petronas-coffee-break-cny-2020-13
petronas-coffee-break-cny-2020-14

Artikel Berkaitan

216
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Coffee Break Campaign, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd, Kedai Mesra Petronas, Kempen Coffee Break, Petronas Coffee Break 2020, Petronas Dagangan Berhad (PDB), Petronas Syntium, SETEL Petronas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my