Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MAA: TIV 2026 Dianggar Susut 3.8 Peratus, Apa Puncanya?
Auto Terkini

MAA: TIV 2026 Dianggar Susut 3.8 Peratus, Apa Puncanya?

SyafieBy Syafie22/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

INDUSTRI automotif Malaysia dijangka memasuki fasa lebih sederhana pada 2026, dengan prestasi pasaran dipengaruhi gabungan faktor risiko global, tekanan kos dan perubahan dasar, walaupun masih disokong permintaan domestik berdaya tahan.

Unjuran Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menganggarkan jumlah keseluruhan industri (TIV) 2026 mencapai 790,000 unit, menyusut 3.8 peratus berbanding pencapaian 820,752 unit pada 2025.

Pertumbuhan Ekonomi Lebih Perlahan, Tekanan Kos

MAA mengenal pasti beberapa risiko utama yang boleh menjejaskan prestasi pasaran automotif tahun ini. Antaranya:

  • Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Malaysia dijangka sederhana pada paras 4.0 – 4.5 peratus, lebih rendah berbanding anggaran 4.9 peratus pada 2025
  • Ketidaktentuan geopolitik dan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang tidak konsisten kekal menjadi kebimbangan terhadap kelebihan perdagangan Malaysia
  • Tekanan inflasi berterusan turut meningkatkan kos pembuatan, komponen dan operasi, sekali gus mengecilkan margin keuntungan pengeluar (OEM) dan pengedar

Penamatan Insentif EV, Kuasa Beli Pengguna

Antara faktor penting lain adalah penamatan insentif cukai bagi kenderaan elektrik (EV) import dan potensi perubahan duti eksais serta kaedah pengiraan harga, yang boleh menyebabkan harga kenderaan baharu meningkat dan menjadi kurang mampu milik.

Walaupun minat terhadap EV semakin meningkat, MAA berpandangan pasaran EV Malaysia masih berada pada peringkat awal, dan memerlukan penekanan lebih besar terhadap pembangunan pemasangan tempatan (CKD) serta ekosistem sokongan.

Pada masa sama, harga bahan api bersubsidi berpotensi memperlahan peralihan pengguna kepada EV.

Faktor peningkatan kos sara hidup juga dijangka mengehadkan pendapatan boleh guna, sekali gus memberi kesan kepada kuasa beli pengguna terhadap kenderaan baharu.

Pasaran Buruh Stabil, Permintaan Kenderaan Mampu Milik

Di sebalik cabaran tersebut, MAA mengenal pasti beberapa faktor positif yang dijangka menyokong daya tahan pasaran automotif pada 2026. Antaranya pasaran buruh stabil dengan kadar pengangguran rendah sekitar 2.9 peratus, yang memberi keyakinan kepada pengguna untuk terus berbelanja.

Permintaan terhadap kenderaan mampu milik dan jimat bahan api, terutama jenama nasional, dijangka kekal kukuh.

Selain itu, pembangunan ekosistem EV akan terus menarik minat pelaburan asing, pemindahan teknologi dan pertumbuhan jangka panjang industri.

Model Baharu, Strategi Promosi Kekal Tarikan

MAA turut menjangka pengenalan jenama dan model baharu 2026 akan menyuntik keterujaan dalam pasaran.

Strategi promosi lebih agresif dan perkhidmatan nilai tambah daripada pengeluar dan pengedar dijangka terus memainkan peranan penting dalam merangsang minat pembeli.

Bukan Merosot, Tapi Lebih Sederhana

Secara keseluruhan, unjuran 2026 menggambarkan industri automotif Malaysia berada dalam fasa normalisasi selepas dua tahun prestasi kukuh, dengan pasaran dijangka lebih berhati-hati.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran, asas permintaan domestik, kestabilan pasaran buruh dan peralihan berperingkat ke arah elektrifikasi dijangka terus menyokong industri dalam jangka sederhana dan panjang.

Auto Terkini Jumlah Jualan Kenderaan (TIV) Malaysian Automotive Association (MAA)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.