Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#AutoChina2026: Lynk & Co GT Concept ‘Time To Shine’ – Model Konsep yang Tampil Anggun, Bergaya
Roda4

#AutoChina2026: Lynk & Co GT Concept ‘Time To Shine’ – Model Konsep yang Tampil Anggun, Bergaya

Abang HirataBy Abang Hirata13/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'

LYNK & CO memperkenalkan kereta konsep Gran Turismo (GT) pertama di Auto China 2026, Beijing.

Kehadiran model konsep 2-pintu dengan nama ‘Time To Shine’ adalah pencapaian besar bagi jenama tersebut yang kini meraikan ulang tahun ke-10, sekali gus menggabungkan evolusi rekabentuk selama sedekad, pengalaman dalam sukan bermotor dan cita-cita prestasi tinggi.

Walaupun hadir sebagai model konsep, kereta itu kelihatan cantik, anggun dan menawan seperti sudah siap untuk dikeluarkan dengan rekabentuk tidak kalah dengan kereta GT dari Itali, British, Jerman dan Jepun.

Rekabentuk Luaran Arca Cahaya

Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'
Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'

Model konsep itu membawakan perkadaran badan lebar GT klasik dengan profil rendah dan mantap. Rekabentuk luaran bertema arca cahaya (sculpted by light) itu membawakan ciri seperti berikut:

  • Dimensi panjang 4,780mm, lebar 2,000mm, dan inggi 1,330mm, manakala jarak roda 2,750mm
  • Pantulan seakan halo mengalir pada sisi badan kenderaan dengan permukaan berubah mengikut perspektif dan pergerakan
  • Warna Apex Blue menggunakan cat logam cecair dengan kedalaman luar biasa bagi menyerlahkan transisi tajam dan fungsi aerodinamik
  • Aksen Spark Yellow digunakan sebagai rujukan DNA perlumbaan Lynk & Co

Ruang Dalaman Fokus Pemandu

Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'

Kabin menggabungkan keselesaan dan prestasi melalui konfigurasi 2+2 yang luas. Suasana dalaman tenang dan premium dihasilkan melalui:

  • Penggunaan kulit White Digital Shimmer mewujudkan suasana tenang dan kemas, manakala perincian teknikal lain pula menyerlahkan lagi gaya sport kereta
  • Kemasan gentian karbon Textreme® 360 buatan tangan di belakang kerusi yang berkilauan seperti cahaya bintang
  • Bahan canggih dan sentuhan seni halus digabungkan dalam ruang kabin yang mengutamakan pemandu

Butang + untuk Prestasi

Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'

Antara ciri utama model konsep itu ialah butang fizikal + berwarna Spark Yellow pada konsol tengah yang merupakan evolusi simbol prestasi Lynk & Co.

Apabila diaktifkan, kereta akan berada dalam mod prestasi yang melibatkan perubahan teknikal seperti berikut:

  • Sistem suspensi direndahkan 15mm untuk kestabilan lebih baik
  • Elemen aerodinamik di bahagian depan dan belakang memanjang sehingga menjadikan kereta lebih panjang 100mm
  • Sayap belakang dibuka untuk menambah baik aliran udara dan meningkatkan daya mendap pada halaju tinggi
  • Panel instrumen dan tiga skrin digital akan dilipat untuk menghapuskan maklumat tidak penting supaya pemandu dapat fokus sepenuhnya pada pemanduan

Trenkuasa

Lynk & Co tidak mendedahan trenkuasa secara terperinci, kecuali sistem pacuan roda belakang dengan DNA casis yang diilhamkan daripada litar lumba dan dilengkapi kawalan pergerakan kenderaan canggih yang disokong casis digital dikuasakan kecerdasan buatan (AI).

  • Pecutan 0 -100kmj sepantas 2 saat dengan hantaran kuasa tinggi berterusan
  • Konfigurasi tempat duduk 2+2 yang menumpukan kepada dinamik pemanduan
  • Sistem kawalan pergerakan kereta dipacu sepenuhnya teknologi digital terkini

Projek di Sweden, Eropah dan China

Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'
Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'

Projek itu diterajui pasukan rekabentuk Lynk & Co di Sweden dengan pembangunan bersama merentasi Eropah dan China, sekali gus mencerminkan identiti global dan akar rekabentuk Skandinavia jenama tersebut.

Dalam tempoh sedekad, Lynk & Co membina komuniti global dengan lebih 1,76 juta pengguna dan memenangi sembilan kejuaraan dalam tujuh musim perlumbaan kereta touring kelas atas.

Sebagai jenama yang mengutamakan pelanggan, segala maklum balas orang awam dan komuniti akan digunakan bagi membantu menentukan keputusan masa depan berhubung pilihan trenkuasa serta potensi pengeluaran model berkenaan.

Spesifikasi Ringkas Lynk & Co GT Concept Time To Shine

Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'

  • Trenkuasa: Belum disahkan
  • Prestasi: Pecutan 0 – 100kmj sepantas 2 saat
  • Dimensi: Panjang 4,780mm, lebar 2,000mm, dan tinggi 1,330mm, jarak roda 2,750 mm
  • Konfigurasi: 2+2 tempat duduk, 2-pintu, pacuan roda belakang (RWD)
  • Ciri teknikal: Suspensi boleh laras 15mm, badan memanjang 100mm, casis digital AI
Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'
Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'
Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'
Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'
Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'
Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'
Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'
Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'
Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'
Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'
Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'
Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'
Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'
Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'
Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'
Lynk & Co GT Concept 'Time To Shine'

 

 

Lynk & Co Lynk & Co GT Lynk & Co GT Concept model konsep Model Konsep Lynk & Co Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
    Roda4

    Ferrari 12Cilindri Manuale 2027 – Gear Manual Tanpa Transmisi Manual!

    07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.