Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lumba Drag Kawasaki H2R vs Lamborghini Huracan Turbo, Siapa Juara?
Auto Terkini

Lumba Drag Kawasaki H2R vs Lamborghini Huracan Turbo, Siapa Juara?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERLUMBAAN sengit adalah aksi yang paling mendebarkan untuk ditonton. Apatah lagi jika membabitkan sebuah kereta berprestasi seperti Lamborghini Huracan dan motosikal supercas Kawasaki H2R. 

Saluran automotif Britain, CarWow yang terkenal dengan rancangan perlumbaan drag mengadakan kerjasama dengan Bike World untuk perlumbaan drag di satu kawasan lapang.

BACA >>> 12 Fakta Menarik Tentang Kawasaki Ninja H2R yang Perlu Anda Tahu

Huracan yang digunakan dalam perlumbaan drag kali ini bukan stok standard tetapi model yang ditambah dua unit turbo, sistem ekzos baharu dan talaan pemetaan ECU untuk menyesuaikan operasi enjin. Apa yang dimaklumkan ialah enjin dan kotak gear Huracan adalah versi standard.

Kereta jenama Itali itu mampu menghasilkan kuasa 1,100hp dengan tork 1,000Nm dan seberat 1,450kg. Huracan itu menggunakan sistem pacuan semua roda dan kotak gear automatik klac berkembar 7-kelajuan. Sistem turbo itu dipasang JM Imports, sebuah firma pakar dalam kerja-kerja modifikasi di Britain.

Model Kawasaki H2R pula tiba dalam keadaan standard, menawarkan kuasa 310hp dan tork 165Nm. Berat motosikal itu ialah 214kg.

BACA >>> Dua Jam Saja Hantar Ginjal Derma Sejauh 480km dengan Lamborghini Huracan!

Satu faktor kiraan penting dalam sukan lumba drag ialah nisbah kuasa dan berat. Huracan menjana 759hp setiap tan manakala H2R dikira dengan berat pelumba, Chris North (80kg) termasuk sut lumba kulit penuh ialah 1,054hp setiap tan.

Ada beberapa ujian perlumbaan dibuat termasuk pecutan dari keadaan statik, pecutan selepas pemanduan gear pertama dan pecutan selepas gear ketiga. Keputusan perlumbaan berbeza mengikut jarak.

BACA >>> Lumba Drag Ducati Panigale V4 S vs BMW X5 M Competition, Siapa Makan Asap?

Chris berdepan masalah dengan roda depan kerap terangkat khususnya semasa pecutan dalam gear pertama. Malah setiap penukaran gear sehingga ketiga menunjukkan H2R mudah wheelie. 

Selepas berlumba mencari pemenang terpantas, mereka kemudian mengadakan cabaran membrek terbaik iaitu jarak paling pendek. Jom saksikan video ini:

BACA >>> YouTuber Buat Lumba Drag dalam Pusat Beli-Belah, GT-R Kalahkan Veyron
BACA >>> #PanduUji: Lumba Drag Honda Jazz vs Toyota Yaris, Siapa Lagi Power? Ini Jawapan Kami!
BACA >>> #Videotomotif: Kawasaki Ninja H2 vs Lightning LS-218, Siapa Juara Lumba Drag?

SUMBER: RideApart

Bike World CarWow Chris North JM Imports kawasaki h2r Lamborghini Huracan Lamborghini Huracan vs Kawasaki H2R lumba drag roda2 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.