• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Jam Saja Hantar Ginjal Derma Sejauh 480km dengan Lamborghini Huracan!

Dua Jam Saja Hantar Ginjal Derma Sejauh 480km dengan Lamborghini Huracan!

November 17, 2020 By Azizi H Leave a Comment

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA minggu lalu, polis Itali mendapat panggilan kecemasan untuk menghantar ginjal derma dari Rom ke Padua dengan segera. Caranya bukan dengan bantuan polis pengiring atau helikopter, tetapi memandu Lamborghini Huracan!

Perjalanan hampir 480km itu biasanya mengambil masa lebih 4 jam, tetapi Huracan polis itu melakukannya sepantas kira-kira dua jam saja dengan kelajuan purata 230 kmj. Sebaik saja sampai di Hospital Universiti Gemelli, organ itu terus dibawa ke bilik bedah.

BACA >>> Debut Lamborghini Huracan Evo, Berkuasa 640hp, Tetapi Lebih Jinak Dipandu
BACA >>> Lamborghini Huracan Milik Pope Dilelong Lebih RM4 Juta

Detik dramatik itu dikongsikan klip video yang disiarkan dalam Twitter polis dengan ciapan;

Anda  tidak perlukan kuasa luar biasa untuk menyelamatkan nyawa, kerana solidariti, teknologi dan kecekapan juga dapat melakukan kerja itu".

Ada banyak kereta peronda polis jenis Lamborghini Huracan di Itali yang siap dilengkapkan alatan merakam, kamera video, radio polis VHF, alat pemadam api mudah alih dan sistem refrigerasi dalam but depan yang direka khas untuk kerja penghantaran organ.

Adakah tugasan itu mampu dilakukan kenderaan lain? Jawapannya, ya dan tidak. Sebenarnya, tidak banyak model eksotik yang mampu memecut 230kmj pada jarak tersebut.

Misalnya, BMW 330i juga boleh memecut selaju itu. Namun, anda masih perlukan sistem refrigerasi yang menjadi ciri penting dalam penghantaran organ. Jadi, cuma Huracan sajalah model paling sesuai untuk melaksanakan tugasan berkenaan.

Grazie alla nostra @Lamborghini Huracan abbiamo trasportato in tempo il rene di un donatore per il trapianto a una persona
“Per salvare una vita non servono superpoteri” anche solidarietà, tecnologia ed efficienza aiutano @CNTrapianti @MinisteroSalute #essercisempre#5novembre pic.twitter.com/teUxqbMgvW

— Polizia di Stato (@poliziadistato) November 5, 2020

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Ginjal Derma, Lamborghini, Lamborghini Huracan, Organ Derma, Polis Itali, Polis Itali Hantar Ginjal Derma, Polizia, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my