Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Yaris Laku Keras di Jepun, Sudah 37k Unit Ditempah Sebulan
Auto Terkini

Toyota Yaris Laku Keras di Jepun, Sudah 37k Unit Ditempah Sebulan

Abang HirataBy Abang Hirata25/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA merancang Yaris untuk berjaya dan itulah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan respon pengguna Jepun terhadap model subkompak itu. Setakat 9 Mac lalu, kira-kira 37,000 unit sudah ditempah yang dicapai hanya dalam tempoh sebulan selepas pelancaran pada 10 Februari lalu.

Lebih mengujakan, jualan itu jauh mengatasi sasaran awal Toyota, iaitu 7,800 unit sebulan. Yaris sebenarnya ialah model unik yang menggabungkan elemen sporty seperti ciri pusat graviti rendah (CoG) dengan karakter kereta urban.

Jadi, memang tidak menghairankan apabila Toyota berjaya membangunkan GR Yaris pacuan empat roda (4WD) bernadikan enjin 1.6L Turbo. Model itu juga bakal digunakan sebagai asas perlumbaan rali.

BACA >>> Toyota GR Yaris – Hot-Hatch Rali Jadian dengan Kuasa 257hp, 360Nm!

Selain buas dengan enjin turbo, Yaris juga menawarkan trenkuasa hibrid dan ini juga antara sebab utama kenapa ia mendapat sambutan hangat pelanggan Jepun. Berdasarkan data tempahan, 30 peratus pelanggan memilih gred Z dan G manakala 45 peratus model hibrid.

Ada tiga varian enjin ditawarkan untuk pasaran Negara Matahari Terbit itu:

  • 1.0L – 1KR-FE Super CVT-i 2WD
  • 1.5L – M15A-FKS (dynamic force engine) – Manual 6-kelajuan 2WD | Direct Shift-CVT 2WD dan 4WD
  • 1.5L Hibrid – THSⅡ (M15A-FXE 1.5L dynamic force engine) 2WD / E-Four

Yaris juga canggih dengan teknologi bantuan pemandu, Toyota Safety Sense terbaharu yang mampu mengesan kenderaan lain, pejalan kaki dan penunggang basikal.

Dari segi harga, varian asas Yaris, pakej B, iaitu 1.0L Super CVT-i 2WD dijual pada 1,395,000 yen (RM55,230), manakala varian paling premium Hybrid Z E-Four berharga 2,493,000 yen (RM98,700).

Adakah Yaris spesifikasi Jepun ini akan memasuki pasaran Malaysia? Nampak macam mustahil kerana kita sudah pun ditawarkan dengan Yaris Asean dengan saiz lebih besar.

BACA >>> #PanduUji: Lumba Drag Honda Jazz vs Toyota Yaris, Siapa Lagi Power? Ini Jawapan Kami!

GALERI
Auto Terkini hatchback hatchback segmen-B hatchback subkompak Roda4 Toyota Toyota Japan Toyota Yaris Toyota Yaris Japan
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.