Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»HEV»Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

Abang HirataBy Abang Hirata09/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lotus Eletre X Hybrid 2026

NAMPAKNYA Emira bukan model dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) terakhir Lotus apabila pengeluar itu kembali menggunakan enjin tersebut pada Lotus Eletre X Hybrid.

Melalui pengenalan teknologi hibrid terbaharu dinamakan X Hybrid, Lotus secara rasmi mengumumkan peralihan penting dalam strategi elektrifikasi.

Lotus Eletre X Hybrid

Teknologi itu ialah sistem hibrid pertama dan tunggal di Eropah yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 952ps.

Melalui platform tersebut, Lotus berjaya menggabungkan prestasi tinggi dengan jarak pemanduan keseluruhan lebih 1,200km (WLTP), sekali gus menjadi jawapan kepada isu kegelisahan jarak yang sering dihadapi pengguna kenderaan elektrik (EV).

Lotus Eletre X Hybrid
Lotus Eletre X Hybrid

Pengenalan Lotus Eletre X Hybrid memperluaskan lagi famili Eletre dan menetapkan penanda aras baharu dalam segmen mobiliti prestasi berteraskan elektrik.

Di pasaran China, model itu dikenali sebagai FOR ME sebagai prototaip rujukan bagi teknologi berkenaan.

Nama Eletre X dipilih bagi melambangkan titik pertemuan antara prestasi elektrik, kepelbagaian hibrid dan ketulenan kejuruteraan Lotus, manakala huruf ‘X’ merujuk kepada inovasi berinovasi dan babak baharu bagi jenama tersebut.

Trenkuasa, Keupayaan Penjana

Lotus Eletre X Hybrid

Teras kepada sistem X Hybrid adalah penggunaan generator 150kW, antara paling berkuasa dalam industri automotif.

Generator tersebut mampu menghasilkan kuasa sehingga sekitar 25kW per jam dalam situasi yang sesuai untuk mengecas semula bateri ketika kenderaan bergerak atau mengekalkan tahap cas ketika pemanduan santai.

Sistem trenkuasa itu mempunyai enam senario operasi yang beroperasi mengikut kelajuan, tahap pengecasan bateri (SOC) dan permintaan pemandu.

Antaranya ialah mod pemanduan:

  • Bateri elektrik pacuan semua roda (BEV AWD)
  • Hibrid selari pacuan semua roda (Parallel AWD)
  • Pengecasan ketika pegun (Idle Charging)
  • Nyah cas bersiri (Series Discharging)
  • Janaan kuasa bersiri (Series Power Generation)
  • Janaan kuasa selari (Parallel Power Generation)

Penggunaan arkitektur voltan tinggi 900V turut menyokong keupayaan cas, nyah cas tahap tinggi, dan prestasi kelajuan tinggi yang stabil.

Prestasi Motor Elektrik, Pecutan

Model rujukan (Lotus For Me) teknologi itu dilengkapi sistem dual-motor segerak magnet kekal (PMSM) di depan dan belakang.

Gabungan motor menghasilkan output sistem sehingga 700kW (952ps) dan tork 935Nm. Keupayaan itu membolehkan kenderaan memecut 0 – 100kmj sepantas 3.3 saat.

Walaupun tahap pengecasan bateri pada paras sekitar 20 peratus, sistem masih mampu menghantar kuasa sehingga 550kW (748ps) untuk kegunaan mendesak seperti memotong di kawasan pergunungan.

Pengurusan Tenaga, Pengecasan Ekstrem

Sistem X Hybrid merangkumi bateri kapasiti 70kWj dan kapasiti tangki petrol 52 liter. Bagi penggunaan harian, jarak pemanduan elektrik adalah sekitar 350km, manakala jarak gabungan keseluruhan mencecah lebih 1,200km.

Dari aspek pengecasan, arkitektur 900V dengan keupayaan 6C membolehkan pengecasan pantas (DC) 20 – 80 peratus sepantas 9 minit sahaja. Ada juga empat tahap brek regeneratif untuk mengumpul semula tenaga ketika pemanduan harian.

Dinamik Pengendalian, Casis

Lotus Eletre X Hybrid
Lotus Eletre X Hybrid

Sebagai model Lotus, aspek pengendalian tetap menjadi keutamaan. Platform itu dilengkapi bar antioleng aktif 48V yang mampu memberikan tork sehingga 1,400Nm dengan respons sepantas 10ms bagi memastikan sudut olengan badan kekal bawah 1.5º per g.

Di belakang, terdapat spoiler aktif dengan empat posisi, iaitu Tutup, 18º, 32º dan 34º yang mampu menghasilkan daya mendap (downforce) sehingga 120kg.

Sistem suspensi udara 2-ruang dengan damper 2-injap mampu bertindak balas dalam masa 2ms untuk mengimbangi antara keselesaan dan kawalan dinamik.

Bahagian depan menggunakan sistem suspensi double-wishbone, manakala sistem brek dikendalikan kaliper brek Brembo 6-piston untuk jarak henti 100 – 0kmj dibuat dalam jarak 33.9 meter.

Tayar pula ditala khas Lotus untuk cengkaman atas trek basah dan memberikan kestabilan halaju tinggi.

Kemewahan, Teknologi Dalaman

Lotus Eletre For Me 2026 | China
Lotus Eletre For Me 2026 | China

Ruang kabin menawarkan pilihan kemasan kulit Nappa penuh, seluas kira-kira 40 meter persegi menggunakan sembilan kepingan kulit asli.

Sistem audio KEF Reference dengan 23 pembesar suara 2,160W melalui arkitektur 7.1.4 untuk mutu bunyi mengasyikkan.

Bumbung panoramik dengan teknologi malap PDLC menawarkan 10-tahap ketelusan dan memberikan ruang kepala tambahan 30mm berbanding struktur tradisional.

Spesifikasi Teknikal Lotus Eletre X Hybrid (Berdasarkan Lotus FOR ME)

Lotus Eletre X Hybrid

  • Enjin X Hybrid (Elektrik-Pertama)
  • Output kuasa 952ps, dan tork 935Nm
  • Pecutan 0 – 100kmj sepantas 3.3 saat
  • Motor elektrik dual-motor PMSM 700kW (952ps)
  • Arkitektur elektrik 900V / 6C
  • Kapasiti bateri 70kWj
  • Kapasiti tangki petrol 52 liter
  • Jarak pemanduan elektrik tulen 350km (WLTP)
  • Jarak pemanduan gabungan 1,200km (WLTP)
  • Kadar pengecasan DC (20 – 80 peratus) 9 minit
  • Kapasiti generator 150kW
  • Sistem brek Brembo 6-piston (depan)
  • Jarak henti 100 – 0kmj 33.9 meter
  • Sistem suspensi udara 2-ruang dan damper 2-injap
  • Daya mendap aerodinamik maksimum 120kg
  • Sistem audio KEF Reference dengan 23 pembesar suara 2,160W

Spesifikasi penuh Lotus Eletre X versi Eropah akan disahkan menjelang pelancaran rasmi Jun 2026, manakala penghantaran pertama dijangka bermula suku keempat tahun ini.

Lotus Eletre X Hybrid
Lotus Eletre X Hybrid
Lotus Eletre X Hybrid
Lotus Eletre X Hybrid
Lotus Eletre X Hybrid
Lotus Eletre X Hybrid
Lotus Eletre X Hybrid
Lotus Eletre X Hybrid
Lotus Eletre X Hybrid
Lotus Eletre For Me 2026 | China
Lotus Eletre For Me 2026 | China
Lotus Eletre For Me 2026 | China
Lotus Eletre For Me 2026 | China
Lotus Eletre For Me 2026 | China
Lotus Eletre For Me 2026 | China
elektrifikasi hibrid Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Lotus Lotus Eletre Lotus Eletre X Lotus Eletre X Hybrid Lotus FOR ME Roda4 SUV Hibrid
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.